Jumaat, 20 Jun 2025

Buat Somtam Lagi

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, jumpa lagi di kali ini. Cerita tentang makanan lagi di update kali ini.

Hari ni saya buat somtam lagi, tapi menggunakan buah mangga. Kat pasar di kawasan rumah saya ni memang susah nak dapat buah betik muda. Selalunya ada buah mangga muda saja. Mangga muda pun kira okelah jugak, yang penting dapat buat somtam.



Kali ni saya buat somtam yang ringkas sahaja. Biasanya kita boleh tambah ikan bilis goreng, udang, ketam, kerang dan macam-macam lagi.

Resepi Somtam Mangga Muda

Bahan:

buah mangga muda (diparut)

karet (diparut)

cili api

bawang putih

sos ikan

limau nipis

tomato

sos nampla (saya guna belacan)

gula dan sedikit perasa



Cara membuatnya:

1. Tumbuk cii api dan bawang putih hingga hancur, masukkan potongan tomato.
2. Masukkan pula sos ikan, air belacan, perahan limau nipis, gula dan perasa.
3. masukkan juga mangga parut serta karet parut. Kacau hingga bercampur. Rasakan ia, bila dah cukup rasa barulah dimasukkan kedalam bekas dan dihidangkan.



Biasanya kalau saya buat somtam saya akan masak nasi pulut. Memang sedap dimakan dengan nasi pulut beserta lauk dan juga ulaman.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan