Sabtu, 25 September 2021

Makanan Diet Minggu Ke 3 Intake September

 Assalamualaikum... selamat malam dan selamat berhujung minggu.

Jumpa lagi di update kali ini, moga teman2 semua sihat selalu.

Alhamdulillah... saya masih lagi menjalani diet untuk turunkan berat badan. Minggu ni dah minggu ke 3 saya berdiet. Hari ni timbang berat badan, alhamdulillah turun lagi.

Jomlah tengok apa yang saya makan ditengahari diminggu ini.

Minggu ke 3

Hari pertama

Ayam panggang sama sweet Potato serta sayuran.



Hari ke 2

Ikan bakar sama mix vegetable.


Hari ke 3

Wrap sama telur serta sayuran



Hari ke 4

Cauliflower rice sama ikan grill



Hari ke 5

Tempe sama mix vegetable



Hari ke 6

Brown Rice sama tomyam putih ayam serta timun salad.



Hasil timbangan hari ini.



Setiap minggupara peserta Intake ada challenge. Untuk minggu depan, kita mengikuti 7 days green Shake Challenge.



Maka saya siapkan bahan2 yang diperlukan untuk shake besok pagi. Bahan yang diperlukan adalah
nenas, batang saledri, epal hijau, timun jepun, daun pegaga atau bayan brazil. Untung saya ada menanam bayam barazil serta daun pegaga.





Sayuran ni tinggal petik je fresh dari ladang.



Bahan ni perlu dibekukan dulu supaya apabila di blend akan lebih smoothy. Moga selepas ini akan turun lebih banyak lagi kg.


Nilah hasilnya green shake yg saya minum untuk breakfast dan dinner ketika 7 days green Shake Challenge. Ternyata memang sedap rasanya. 



2 ulasan:

  1. Terima kasih atas perkongsian, kurang idea dalam persiapan makanan sihat, menyelerakan semua, segar bahan-bahan smoothies.

    BalasPadam