Sabtu, 25 Januari 2025

Jalan-Jalan ke Ladang Nipah Ismail Che Kaq

Assalamualaikum sahabat semua...


Sekarang ni dah start musim cuti sekolah. Ada di kalangan sahabat semua yang mengambil kesempatan pulang becuti ke kampung. 

Awal cuti sekolah, saya juga pulang kekampung bersama keluarga, ambil anak sekolah yang bersekolah di kampung. Juga ambil kesempatan sunatkan anak bongsu saya di kampung.

Sambil-sambil tu sempat juga jalan-jalan santai di Ladang Nipah Ismail Che Kaq, yang berada di daerah Yan. Kebetulan anak yang no tiga masih lagi belum cuti, menunggu peperiksaan STAM di sekolah berdekatan.




Simpan photo-photo kenangan di sini.





Best juga bersantai-santai bersama keluarga di sini berlatar belakangkan sawah padi yang sedang menguning. Juga suasananya seperti berada di kebun nipah. Di belakang tu masih ada buah nipah yang segar, sambil-sambil tu dapat merasa segarnya minuman air nira nipah. Kita juga boleh order makanan yang dijual dicafe di sana.






Dulu juga saya pernah ke sini tapi sewaktu anak-anak masih kecil, belum sekolah menengah lagi. Sekarang baru berkunjung lagi ke sana. Suasana tempatnya masih sama seperti yang dulu, malah semakin rapi dan teratur.

Kawan-kawan yang berkunjung ke Kedah, bolehlah membawa keluarga berkunjung kesana.


Rabu, 15 Januari 2025

Mee Kari Ayam Yang Sangat Sedap

Assalamualaikum sahabat semua moga kawan-kawan semua berada dalam rahmat Allah.

Di awal tahun 2025 ini kita digemparkan dengan bencana kebakaran yang parah melanda negara Barat yang menyebabkan warganya kehilangan rumah juga harta benda. Tempat tinggal mereka jadi rata hangus dijilat api, dah jadi seperti padang jarak padang tekukur. Mungkin itu adalah teguran dari Allah swt buat kita semua. Kita doakan juga semoga negara kita dijauhkan dari segala bala bencana.

Sambung cerita mengenai mee kari. Sebenarnya teringin nak makan mee kari jadi saya buatlah kemarin. Cari punya cari resepi yang agak sedap sedikit, terjumpalah mee kari Che Nom.
jadi cubalah buat.


Resepi Mee Kari:

Bahan-bahan:

Bahan kisar:
halia
lengkuas
serai
bawang putih
bawang merah kecil
udang kering
kentang [potong dadu halus]
saya guna bahan untuk steamboat
tauhu kering

bancuhkan rempah kari dan cili kisar.

1/2 ekor ayam [potong kecil]

bahan lain:

daun sawi [dipotong]
limau nipis
cili merah [dihiris]
tauge
telur [direbus]
mee kuning




Cara masak:

celur daun sawi
celur juga mee kuning

1. Panaskan minyak tumis rempah empat 
   sekawan, masukkan daun kari dan juga 
   bahan kisar tadi. Masak hingga 
   kekuningan. Tumis hingga bahan kering 
   dan pecah minyak.

2. Masukkan ayam dan kacau, biar merenih
   dan ayam masak. Masukkan air untuk 
   kuah. Masukkan asam keping, kiub 
   ayam, garam secukup rasa.

3. Masukkan pula santan. Bila dah mula 
   timbul pecahan minyak, masukkan pula 
   fish ball dan tauhu kering. Siap 
   untuk dihidangkan.



Cara hidang:
Masukkan mee dalam mangkuk,letakkan kuah, letakkan sawi, cili telur juga limau nipis.

Sedap rupannya mee kari resepi dari Che Nom ni, saya makan bertambah2.


Sabtu, 4 Januari 2025

Bubur Kacang

 Assalamualaikum...

    Selamat tahun baru saya ucapkan kepada teman-teman semua memandangkan kita baru sahaja melangkah ke tahun baru 2025. Semoga azam yang kita bina ditahun 2024 tercapai dengan jayanya. Dan juga jangan lupa tetap bina azam baru ditahun 2025 ini, supaya apa yang kita hajatkan akan tercapai nanti.

    Petang semalam saya buatkan bubur kacang. Biasalah petang-petang suka lapar, nak nak lagi bila hujan turun, perut pun mulalah minta makan. Jadi buatlah bubur kacang untuk minum petang.


    

Rasanya semua orang tahu cara buat bubur kacang ni kan... Selalunya orang gunakan santan, tapi saya lebih suka guna susu cair. Untuk gula pula saya terus guna gula nisan atau gula kabung. Rasa gula merahnya memang sedaplah bagi saya.

Resepinya:

500 gram kacang hijau

3 ketul gula kabung

1 tin susu cair

2 helai daun pandan [diikat]

sedikit garam

sedikit sagu putih [direndam]



Cara masaknya:

1. Rebus kacang hingga masak dan kembang.

2. Masukkan susu cair, sagu, daun pandan, 

   gula kabung serta garam. Masak hingga 

   gula larut. Sekali sekala dikacau 

   selalu supaya tidak hangit.

3. Rasakan ia, bila dah cukup rasa baru

   lah diangkat dan dihidangkan.



Sedap dimakan dengan roti beserta kopi O atau teh O panas. Memang sedap.



Selasa, 24 Disember 2024

Update Terkini Tanaman Di Mini Kebun

 Assalamualaikum...

Kembali lagi di kali ini mengupdate blog saya. Kali ini bercerita mengenai tanaman terbaru di mini kebun saya.

Saya memang suka bercucuk tanam dari sekolah menengah lagi. Minat menanam ini timbul bila melihat sepupu saya yang suka menanam bermacam-macam jenis bunga dirumahnya. Bila melihat tanaman yag cantik kita jadi happy.

Jadi sampai sekaranglah saya suka menanam. Walaupun tak banyak, tapi tetap mahu menanam.

Disamping meanam bunga, saya juga menanam sayur. Sayur yang saya tanam tidak menggunakan baja kimia, hanya menggunakan kotoran haiwan. Kira sayuran organik lah tu.

Jom intip2 lagi tanaman apa yang saya tanam di rumah.


Ini tanaman di depan rumah. Ada pokok amarilis, bunga purple, bunga daisy, bunga jasmin dan lain-lain.


Ini pula bunga jintan.


Dirak ini pula ada ditanam pokok bayam brazil, sayur pakchoy dan lain-lain.


Ada juga pokok bayam, daun bawang, pokok beluntas.


Pokok pegaga juga saya tanam. Juga pokok theme.


Tidak terkecuali bunga gantung.


Pokok daun salam pun dah besar dan tinggi. Daunnya ni sangat berguna bila kita masak rendang. Jadi tak rugi lah kalau kita tanam pokoknya.


Pokok lidah mertua.



Ini pula bahagian rak untuk pokok-pokok bunga.


Ini pula dibahagin belakang rumah. Ada ditanam pokok daun kesum, pokok kencur, pokok tomato, bayam brazil dan lain-lain.

Kalau boleh nak tanam tanaman dapur serba lengkap supaya tak payah di beli lagi. Nak masak terus je petik. Walaupun tiada tempat yang luas untuk bercucuk tanam, tapi tetap juga menanam walaupun hanya tanam didalam bekas-bekas atau pot-pot kecil saja.


Rabu, 13 November 2024

Pulut Mangga

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita diupdate kali ini.

Pagi tadi saya masak nasi pulut untuk dimakan bersama buah mangga. Kebetulan ke pasaraya, terlihat banyaknya buah mangga yang kekuningan. Mungkin dah tiba musim mangga agaknya. Jadi belilah sedikit.

Mudah saja cara saya masak pulut. Saya terus masak seperti memasak nasi tapi menggunakan air yang sedikit daripada menanak nasi biasa. Kalau dikukus pulutnya akan jadi keras. Jadi saya lebih suka pulutnya ditanak seperti biasa, pulutnya akan menjadi lembut.



Cara masak pulut:

3 cawan beras pulut 

air secukupya


Cara masak:

1. Basuh beras hingga bersih. Masukkan 

   ke dalam periuk. Masukkan air secukupya.

2. Masak atas api higga mendidih. Kacau

   perlahan-lahan higga kering.

3. Tutup periuk, kecilkan api. Biarkan

   sehingga pulut masak sempurna.




Untuk santannya:

santan dari sebiji kelapa

garam secukupnya

Caranya:

Santan dimasak diatas api perlahan, masukkan garam secukupnya. Sentiasa dikacau supaya santan tidak pecah minyak. Bila hampir mendidih, barulah dimatikan apinya. Terus di angkat dan hidangkan.

Cara hidangnya:

Masukkan nasi pulut keatas pinggan, lalu masukkan juga santannya. Masukkan juga buah mangganya. Sedap dimakan denga kopi O panas.



Isnin, 11 November 2024

Jalan-Jalan Ke Japanese Village

 Assalamualaikum...

Apdate lagi tentang jalan-jalan hari minggu kelmarin. Kalau berkunjung ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi, tak sah kalau kita tak berkunjung ke Japanese Village. Jadi dah alang-alang datang ke sana ambil kesempatan pergi lah sekejap ke Japanese Village.


Dari tempat parking ke Taman Japanese Village memang agak jauh juga. Jadi kena hiking untuk sampai ke taman tersebut. Memang lenguh kaki lah juga bagi saya yang dah berumur ni. Jadi kawan-kawan, kalau hendak kesana janganlah pakai kasut yang bertumit tinggi. Elok pakai kasut yang tapaknya rata supaya mudah untuk kita berjalan.



Untuk permadangannya memanglah cantik, suasana berada dihutan sebab sekelilingnya memang hutan.








Disediakan pakaian tradisional jepun, bagi yang berminat untuk mengenakan pakaian tersebut untuk bergambar. Tapi kita tak sempat kerana mengejar masa, sebab sewaktu kita datang dah hampir nak tutup. Jadi sempat jalan-jalan sahaja.




Jadi kira ok lah bagi saya, yang tak pernah pergi ke Jepun, adalah suasana perdesaan Jepun. 



Ahad, 10 November 2024

Jalan-Jalan Ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi

Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga semuanya berada dalam lindungan Allah selalu.

Hari ni ambil kesempatan pergi jalan-jalan bersama keluarga. Lama tak pergi jalan-jalan.

Kali ini kita sekeluarga jalan-jalan ke Colmar Tropikal Bukit Tinggi. Suka lihat rekabentuk bangunannya yang unik, terasa seolah-olah berada di France pula. Apa-apa pun jom layan pic yang sempat diambil sewaktu ke sana.


Untuk tiket masuk dikenakan bayaran dewasa RM15, kanak-kanak pula RM8.

Cantik rekabentuk bangunannya.

















Ini diambil gambar dari atas bangunan.


Di hari minggu ni memang ramai yang datang menikmati suasana di Bukit Tinggi. 

Kalau kawan-kawan ada kesempatan bole bawa keluarga jalan-jalan ke sana. Disamping melihat rekabentuk bangunannya yang cantik, juga dapat menghirup udara nyaman dari alam kerana ianya terletak ditempat yang tinggi.