Sabtu, 4 Januari 2025

Bubur Kacang

 Assalamualaikum...

    Selamat tahun baru saya ucapkan kepada teman-teman semua memandangkan kita baru sahaja melangkah ke tahun baru 2025. Semoga azam yang kita bina ditahun 2024 tercapai dengan jayanya. Dan juga jangan lupa tetap bina azam baru ditahun 2025 ini, supaya apa yang kita hajatkan akan tercapai nanti.

    Petang semalam saya buatkan bubur kacang. Biasalah petang-petang suka lapar, nak nak lagi bila hujan turun, perut pun mulalah minta makan. Jadi buatlah bubur kacang untuk minum petang.

    Rasanya semua orang tahu cara buat bubur kacang ni kan... Selalunya orang gunakan santan, tapi saya lebih suka guna susu cair. Untuk gula pula saya terus guna gula nisan atau gula kabung. Rasa gula merahnya memang sedaplah bagi saya.

Resepinya:

500 gram kacang hijau

3 ketul gula kabung

1 tin susu cair

2 helai daun pandan [diikat]

sedikit garam

sedikit sagu putih [direndam]



Cara masaknya:

1. Rebus kacang hingga masak dan kembang.

2. Masukkan susu cair, sagu, daun pandan, 

   gula kabung serta garam. Masak hingga 

   gula larut. Sekali sekala dikacau 

   selalu supaya tidak hangit.

3. Rasakan ia, bila dah cukup rasa baru

   lah diangkat dan dihidangkan.



Sedap dimakan dengan roti beserta kopi O atau teh O panas. Memang sedap.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan