Khamis, 18 Disember 2025

Menemani Encik Suami Check Up ke Pusat Jantung Hospital Serdang

 

Assalamualaikum...

Ni cerita hari Selasa kelmarin. Sebenarnya encik suami biasanya selalu check up di Hospital Sungai Buloh. Oleh kerana encik suami punyai masalah jantung jadi, dari hospital Sungai Buloh diminta check ke Pusat Jantung Hospital Serdang. 

Dah lama sebenarnya minta appoinment dari bulan 4 ituhari, 16 hb 12 baru boleh dapat temujanji dengan doktor.

Jadi sebelum pukul 9.30 pagi kita sampai, pukul 2 petang baru dapat buat ECO, kemudian dapat jumpa doktor pula pukul 5.30 petang. Menunggu lagi untuk ambil ubat difarmasi. Pukul 8 malam baru boleh balik.


Masyaallah... tak pernah lagi sebelum ni berurusan dihospital sehingga pukul 8 malam. Biasanya pukul 1 atau pukul 2 petang dah boleh balik kalau dihospital biasa.





Pula pesakit yang datang bukannya dekat2, kebanyakkannya datang dari jauh seluruh Malaysia, yang saya jumpa dari Jelebu Negeri Sembilan. Ada juga yang datang dari Johor.



Betapa ramainya pesakit jantung di zaman sekarang ni. Ada yang masih muda lagi, dah punya masalah jantung. Kalau orang berumur macam kita ni sementelah lah.


 Penat menunggu sebenarnya, sebab terlalu ramai sangat pesakit. Sabor jelah... Datang jauh-jauh biarlah selesai semuanya, baru tenang bila balik.



13 ulasan:

  1. Masya-Allah, lamanya berurusan di hospital, sampai malam.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... perlu kesabaran yang tinggi. Rasa macam serik dah nak ke sana lagi, he he...

      Padam
  2. Yang menunggu penat rasa.. yang bekerja lagilah tak berhenti².. moga semua pihak dapat bersabar.. moga yang baik² untuk suami sis juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... kata petugas sehari sebelumnya, urusan jumpa doktor selesai pukul 9 malam. Doktor2 masing-masing dah penat. Ada pesakit yang balik macam tu saja tanpa ambil ubat. Kesiannya mereka.

      Padam
  3. Semoga sihat selalu akak sekeluarga. Ujian betul kena tunggu lama2 kat hospital

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Cuya, sentiasa mendoakan kita. Suami akak memang jantungnya agak lemah. Jadi doktor kasi ubat yang bersesuaian dengan penyakitnya.

      Padam
  4. Semoga sihat selalu akak sekeluarga. Ujian betul kena tunggu lama2 kat hospital

    BalasPadam
  5. Alamak lamanya Kak Diela..SA semalam uruskan PZ pun lama gak..tpi by 11.30am dah hantar PZ balik rumah dah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tu lah kan SA... Jenuh kita menunggu, pula menahan sejuknya ekon kat dalam klinik tu lagi. Aduh...

      Padam
  6. Allahu lamanya memunggu. Kita yg sihat ni pun rasa penat menunggu, apatah lagi mereka yg sakit kan. Semoga dipermudahkan urusan ye puan 🤲🏻

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah puan Hazel... Nak buat macam mana, walaupun sistemnya laju tapi terlalu ramai pesakit. Jadi lama ambil masa nak selesai.

      Padam
  7. Allahu Rabbi, Hospital Serdang memang antara yang paling sesak kan, tapi tuu lah kalau dulu boleh juga refer kes jantung ke IJN tapi laa nih GL anak untuk ayah pun dah tak boleh ke IJN maka sesak lah Serdang untuk kes jantung.. Kak ana doakan suami Diela di kurnia kan kesihatan yang baik sentiasa, aamiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu... ada pesakit yang sama2 menunggu, katanya dulu dia selalu check up di IJN, tapi sekarang kena datang ke Serdang.
      Setelah buat ECO, suami saya memang jantungnya lemah. Jadi doktor beri ubat yang bersesuaian dengannya. Sebelum ni memang ada ubat kena beli sendiri di Farmasi, ubat cair darah RM250 sebulan. Syukur alhamdulillah sekarang tak perlu lagi beli ubat sendiri.

      Padam