Sabtu, 13 Disember 2025

Menu Makan Tengahari di Hari Minggu


 Assalamualaikum...

Selamat berhari minggu sahabat semua. Cuaca kat luar ketika ini hujan turun. Baru je lepas makan tengahari, sambil rehat-rehat dapatlah melayan blog sekejap.

Biasalah di hari minggu dapatlah bersantai-santai di rumah bersama keluarga. Pagi tadi lepas hantaq anak gi kerja dapatlah berkebun depan rumah sekejap, tanam balik pokok-pokok  bunga yang dah lecur daunnya akibat terkena hujan lebat setiap petang.

Dah tengahari sambung masak pulak untuk makan tengahari. Begitulah rutin mak-mak tak pernah habis dengan tugas-tugas harian.

Untuk makan tengahari ni saya masak pecal sayuran, terung goreng cili, tempe goreng serta ayam goreng cili.





Terung goreng cili ni memang feberat semua orang dalam rumah, sekali sekali mesti kena masak terung begini.



Untuk kuah pecal saya hanya beli yang dah siap kat kedai Acheh, hanya perlu tambah air panas saja. Untuk sayurannya pula rebus sayur apa yang ada saja seperti kangkung, kacang panjang, kobis dan pucuk ubi kat belakang rumah.



Tempe saya hanya goreng dengan tepung goreng ayam, baru ada rasa sedap sikit disebabkan tepung goreng ayam dah ada perasa.




Ini pula ayam goreng cili,  biasalah si kecik tak suka sayur dan tempe, jadi kenalah juga masak ayam untuk dia.

Alhamdulillah... rezeki untuk hari ni.


1 ulasan:

  1. Alhamdulillah.. teringin nak cari kuah pecal juga nanti di kedai :)

    BalasPadam