Assalamualaikum...
Salam di hari Sabtu yang penuh ceria ini. Alhamdulillah... sangat bersyukur sebenarnya dah selesai sesi persekolahan 2025, ditutupi dengan majlis persembahan dan penyampaian hadiah pelajar-pelajar sekolah SRI Khairaa hari ini.
Beberapa hari sebelum tamatnya persekolahan memang sebok buat persiapan persembahan anak-anak. Malam tadi juga, ke dewan buat persiapan terakhir untuk siapkan pentas dan juga susun hadiah murid-murid.
Seawal pagi sibuk siapkan anak-anak yang akan membuat persembahan.
Sempat juga anak-anak praktis nasyid beberapa buah lagu buat kali terakhir.
Sebenarnya tak banyak photo kenangan diambil sewaktu persembahan kerana time tu sibok mengurus anak-anak untuk naik ke pentas untuk membuat persembahan dan penyampaian hadiah..
Dah habis acara barulah rilex sikit, dapatlah bergambar walaupun tak banyak.

Bergambar kenangan bersama pengurus Sekolah SRI Khairaa.











Alhamdulillah syukur untuk harini.
BalasPadamCuti sekolah pon dah bermula, semoga semuanya cemerlang