Rabu, 12 November 2025

Masak Kari Ikan Untuk Makan Tengahari

 

Assalamualaimkum...

Selamat petang kawan-kawan semua.

Lama tak bercerita tentang masak-memasak. Lepas balik dari kerja, terasa lapar sangat hari ni. Letak beg, tukar uniform terus bersilat kat dapur. Masak nasi, keluarkan ikan serta barang-barang yang hendak dimasak. Sambil-sambil tunggu ikan cair terus kucar kopi sihat VCafe satu cawan, makan dengan roti bakar disapu dengan peanut butter. Barulah hilang rasa lapar sikit. Lepas tu baru sambung masak semula.



 Lama tak masak kari ikan. Hari ni saya masak kari kepala ikan dicampur dengan buah terung, ikan goreng, sambal belacan serta ulam dipetik di belakang rumah.




Buat kari pekat-pekat baru sedap makan.


                  

Ikan goreng dua ketul je untuk 3 beranak makan. 



Ulam pula pucuk kaduk, bayam brazil dan ginseng jawa.



Seperti biasa sambal belacan tidak dilupakan.




Selasa, 11 November 2025

Rutin Setiap Hari Selasa Pengajian Al Quran

 

Assalamualaikum...

Selamat petang semua... Moga dihari Selasa ini sahabat semua berada dalam keadaan sihat selalu.

     Walaupun sibuk macam mana sekalipun belajar tetap belajar. Rutin setiap petang Selasa ambil kesempatan pergi belajar supaya diri kita terisi dengan ilmu-ilmu yang bermanfaat, disamping itu juga dapat mengeratkan silaturrahim di antara sesama kita. 

     Sebelum ni tak pernah kenal pun siapa mereka. Alhamdulillah... dengan adanya group seperti ini, kita dapat mengenali antara satu sama lain.







Sahabat ngaji tekun menyimak bacaan dari seorang kawan.

Di umur-umur seperti kami, kalau belajar memang susah nak faham. Perlu ambil masa yang lama untuk memahami atau mengingati, tapi yang penting ada kemahuan dan usaha untuk belajar. Yang menjadi kerisauan bila guru bertanya hukum-hukum dalam setiap ayat memang menggelabah juga nak jawab.

Tapi Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah swt dapat belajar dengan guru yang mahir dibidang ini dan semoga ilmu yang dipelajari menjadi berkah,insyallah...





Isnin, 10 November 2025

Menjenguk Anakanda Siti Norhaida Di USIM


Assalamualaikum...

Salam di petang Senin yang indah. Alhamdulillah cuaca di hari ini cerah sahaja. Dah lama tak menjenguk blog kesayangan saya, disebabkan kesibukkan setiap hari dengan tugasan harian.

Alhamdulillah anak-anak didikan pun dah menjalani peperiksaan akhir tahun minggu lepas. Jadi minggu ni agak sibuk menanda kertas peperiksaan pula.

Di hujung minggu kelmarin ambil kesempatan menjenguk si kakak di USIM.


            

Oleh kerana dekat dengan hostel si kakak ada taman, jadi kita lepak-lepak sambil santai-santai di sana.





     

                    

               

                                           


Si Nasaie pun seronok bermain di playground di taman tersebut.



  


Sikakak pun melayan si Nasaie bermain.



Sebelum balik santai-santai sambil ngopi dulu. Ramai orang berjualan di taman tersebut. Selalunya ramai student dan penduduk di taman sekitarnya akan keluar jalan-jalan di taman tersebut.