Ahad, 5 Julai 2020

Roti Jala Kuah Kari Ayam


Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua... moga sihat selalu.

Malam tadi masak kari ayam buat makan malam, ada lebihan lagi. Jadi pagi ni kirai roti jala pula buat sarapan pagi. Alhamdulillah... sedapnya makan roti jala dicicah dengan kari semalam.

Puas hati makan kalau kita masak sendiri. Biasanya kalau beli makan sekeping dua je. Ini dah berkeping2 makan. 


Itulah untungnya kalau kita masak sendiri. Nak sedap kita boleh adjust bagi sedap. Tapi kalau yg dibeli semuanya serba tak kena.


Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:

2 cawan tepung gandum
2 cawan santan cair
1 sdt garam
1 biji telur
3 sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning

Cara memasaknya:

1. Masukkan semua bahan ke dalam blender,
   blend sehingga sebati.

2. keluarkan dan masukkan pewarna yang
   disukai. Masukkan pula ke dalam botol 
   yg bermuncung 3 atau 4.

3. Panaskan kuali nonstick, sapukan dengan 
   sedikit minyak. Kirailah roti jala
   mengikut bentuk yang disukai.

4. Bila dah masak angkat dan gulungkan.
   Ulangi lagi sehingga adunan habis.


Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 biji kentang
santan secukupnya
4 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
daun kari
rempah kari
rempah 4 sekawan
1 inci halia
kerisik secukupnya

Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang merah,
   bawang putih serta daun kari hingga 
   layu. Masukkan rempah 4 sekawan, juga
   halia.

2. Masukkan pula rempah kari daging serta
   kerisik, biarkan hingga berminyak. 
   Masukkan lagi ayam serta kentang. Masak 
   hingga rempah meresap ke dalam daging 
   ayam.

3. Masukkan santan, masak lagi hingga 
   kentang empuk. Akhir sekali barulah
   masukkan garam serta perasa yg lain. 
   Dah masak barulah diangkat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan