Selasa, 16 September 2025

Jom Balik Kampung

 Assalamualaikum...

Sempena cuti penggal sekolah ni, saya dan keluarga berangkat pulang ke kampung. Kita bertolak jam 2 petang ikut jalan WCE,melalu Rawang, Bistari jaya, Tanjung Karang, Sekinchan, Sabak Bernam terus ke Beruas. Alhamdulillah perjalanan lancar je. 

Sampai ke Changkat Jering kita singgah makan di warung Al- Walid Utara, Changkat Jering.






Nasi goreng ayam


Nasi goreng USA


My feberat bihun goreng.

                    

Mee Goreng.


Nasi Goreng Padprik Ayam



Keropok keping dengan sambal sekali.













Perut dah diisi, masing-masing dah kenyang baru sambung perjalanan ke utara tanah air.

Dari Changkat Jering ke Penang memang banyak kereta, ada kala jem disebabkan ada kemalangan. 

Alhamdulillah kami sekeluarga selamat sampai ke kampung pada pukul 10 malam.







Sabtu, 13 September 2025

Jalan-Jalan Ke Eco Shop, Rawang

 Assalamualaikum...

Cuti ni dah balik kampung ke kawan-kawan. Saya masih belum lagi, insyaallah besok petang baru boleh bertolak balik. Disebabkan si kakak Haida masih lagi ada kelas tambahan untuk murid-muridnya yang akan menduduki peperiksaan UPKK tahun ni. 

Jadi ambik kesempatan lah pergi ke Eco Shop dulu. Tujuan saya nak beli plastik beserta biji benih. Niatnya nak tanam sayur kangkung, salad dan pak choy.





Kalau pergi eco shop ni, kalau tak borong tak sah. Semua benda teringin nak dibeli. Sedar tak sedar satu raga diambilnya.

Tapi kali ni sabor je lah, beli apa yang perlu saja. Sebab lepas ni nak balik kampung, kena berjimat lah sikit.


  

Kita jalan-jalan cuci mata ja lah.
























Ni rak bahagian biji benih serta bajanya.


                                      


Akhirnya dapat juga beli barang yang dicari. Selain beli barang berkebun, saya juga beli sedikit makanan buat si bongsu. Petang nanti bolehlah start menyemai biji benih sayur.



Menu Hidangan Tengahari

 Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua, semoga kita dirahmati Allah dan dikurniakan kesihatan 'sihat walafiat' serta dilimpahkan rezeki dan dilindungi dari segala musibah.

Kaum ibu masak apa tengahari ni untuk lunch. Saya alhamdulillah baru sahaja selesai makan. Menu tengahari ni...




Saya masak sayur air petola bersama suun,
ayam goreng, budu serta ulaman yang dipetik semalam. Selalunya saya buat sambal belacan, tapi hari ni kita makan budu pula seperti selera orang pantai timur.




Sayur Air Petola Bersama Suun

Bahan:
2 batang petola (dipotong)
sedikit ikan bilis
bawang merah (dihiris)
suun
cili merah (dihiris)
sedikit air belacan
garam, gula dan perasa
air secukupnya untuk kuah

Cara masak:
1. Masukkan petola ke dalam periuk. Masukkan juga ikan bilis, bawang hiris. Kemudian masukkan air untuk kuahnya. Barulah bukakan api. Masak hingga mendidih.

2. Bila dah mendidih, masukkan suun, sedikit air belacan, garam, gula dan perasa. akhir sekali masukkan cili merah. Biarkan sebentar baru tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.




     Untuk ayam goreng pula, saya gaulkan ayam yang dicuci bersihkan bersama garam, kunyit serbuk serta sedikit serbuk rempah kari ayam. Gaul biar bercampur. Perap sebentar, baru digoreng ke dalam minyak panas.





Untuk budunya pula saya cuma potongkan cili api dan bawang merah. Kemudian masukkan budu, kemudian perahkan limau nipis atau limau kasturi.




Untuk ulamnya, bolehlah dihidangkan dengan apa-apa ulaman yang ada.



Jumaat, 12 September 2025

Petik Pucuk Ubi Kayu Dan Ulaman Di Belakang Rumah

 

Assalamualaikum...

Salam Jumaat kawan-kawan semua, moga semuanya sihat dan bahagia selalu.

Hari ni hari Jumaat, hari yang tak sibuk sangat, melainkan hantar anak-anak ke sekolah. Tengok kebun mini kat belakang rumah pokok ubi dah banyak pucuknya. Kalau tak di petik ia akan jadi tua nanti. So, hari ni saya petikkan pucuk ubi kayu.









Pokok ubi ni hanya tanam kat dalam polybag je, kalau ubinya tu memang tak menjadi lah. Ini rasanya kali ke enam, saya petik pucuk ubi ni. Dah banyak kali jugak boleh makan pucuknya.



Pucuk ubi kayu ni kena selalu dipetik, kalau tidak ia akan jadi tua begitu saja,



                                     


Takda lah begitu banyak pucuk ubi, tapi kalau nak rebus buat ulam tu boleh dah.


Dah alang-alang petik pucuk ubi, petiklah juga ulaman lain seperti pucuk kaduk, ulam ginseng jawa dan juga ulam bayam brazil.

Alhamdulillah... rezeki hari ni. Pucuk ubi ni selain dibuat ulam, masak apa yang paling sedap.







Khamis, 11 September 2025

Alhamdulillah Rezeki Anakanda Khairuddin Nasaie

 

Assalamualaikum...

Hari ni di sekolah si bongsu, anakanda saya Mohammad Khairuddin Nasaie mengadakan majlis penutupan sempena Hari Kemerdekaan. Jadi sebelum ini pihak sekolah mengadakan beberapa pertandingan untuk anak-anak murid mereka sempena bulan kemerdekaan.




Maka dia dan kawan-kawannya menyertai pertandingan membuat wau bulan secara berkumpulan. Alhamdulillah... kumpulannya mendapat tempat pertama.

Jadi, hari ni balik sekolah sukanya dia. Bawa balik hadiah.

Saya sharekan photonya disini untuk kenangan.








Jadi di acara penutupan hari ni, masing-masing pemenang mendapat hadiah.

Ini merupakan motivasi juga untuk dia, moga selepas ni dia akan jadi lebih berani mengambil bahagian dalam apa-apa pertandingan yang dianjurkan oleh pihak sekolah.






Menu Hidangan Makan Tengahari


 Assalamualaikum...

Ibu-ibu masak apa hari ni untuk makan tengahari. Kalau saya, biasalah kalau hari yang tak sibuk, saya lebih suka masak saja kat rumah.

Masak pun menu yang mudah saja, tidak mengambil masa yang lama.



Hidangan makan tengahari ni, saya masak ayam goreng kunyit, sayur campur kobis, sawi, dan karot. Ulam pula ada timun dan sayur hijau yang dipetik kat belakang rumah. Tak lupa juga sambal bawang ikan bilis.



Untuk ayam goreng kunyit ni, mudah saja cara masaknya. Ayam dipotong agak kecil, kemudian dibersihkan. Letak garam kunyit, gaulkan.

Panaskan sedikit minyak, masukkan ayam tadi. Kacau dan tutupkan tudung supaya cepat masak. Sekali sekala dikacau supaya tidak hangit. Bila ayam tadi dah keluar minyak. Masukkan sedikit sos tiram. Kemudian masukkan pula bawang besar dan cili besar yang dihiris.

    Kacau sebentar, barulah tutupkan api. Siap untuk dihidangkan.



Untuk sayurnya pula saya tumis seperti biasa.


            

Ulamnya ada ulam timun, pucuk daun kaduk, daun ginseng jawa dan sedikit daun beluntas.



    Untuk sambalnya pula. Biasanya saya buat sambal belacan biasa. Tapi kali ini saya terpaksa tumis disebabkan tak ada belacan, kehabisan stok.

Jadi saya masukkan cili besar, cili api, bawang merah, bawang putih serta sedikit ikan bilis. Saya guna chopper je untuk kisar.

Panaskan minyak, tumis bahan kisar. Masukkan juga asam keping, gula, garam dan serbuk perasa. Goreng sehingga berminyak, barulah ditutupkan apinya. Siap untuk dihidangkan.