Khamis, 12 Jun 2025

Tanaman Sayur Di Mini Kebun

 Assalamualaikum...

Update lagi tanaman sayur di mini kebun depan dan belakang rumah saya. Almaklumlah duduk di rumah teres ni tak banyak ruang untuk bercucuk tanam. Oleh kerana hobi yang tak dapat dielakkan, maka bercucuk tanamlah didalam bekas dan pot-pot kecil. Tu pun dah kira berpuas hati dah dapat bercucuk tanam.

Jom tengok tanaman apa yang masih tinggal di kebun mini rumah saya.



Ini pokok ubi kemili.


Pokok ubi keledek.


Pokok ginseng jawa.

                                   

Pokok putat.



Pokok daun pandan, pokok limau dan pokok daun basil thai.



Pokok bayam kampung.



Pokok daun sup.



Pokok bayam brazil.






Pokok daun kari.


Pokok terung.



Pokok kencur.


Sebahagian tanaman di belakang rumah.




Rabu, 11 Jun 2025

Menu Daging Korban

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua, moga kawan-kawan semua sihat selalu. 

Alhamdulillah... Hari Raya Aidil Adha baru sahaja berlalu. Mungkin ada diantara kawan-kawan yang berkesempatan membuat korban pada tahun ini. Mudah-mudahan korban yang disertai oleh anda akan mendapat keberkahan.

Surau ditempat saya tinggal, juga ada membuat korban di hari raya kedua. Jadi saya juga mendapat sedikit daging agihan dari surau tersebut. Alhamdulillah... rezeki.

Jadi hari ni saya masak sayur daging, air asam kerisik dan juga daging goreng kunyit.


Daging Goreng Kunyit

Bahan:

daging dipotong dan dibasuh bersih, kemudian masukkan garam dan kunyit. Perap seketika.

Panaskan minyak, masukkan daging. Masak hingga daging keluar minyak. Masukkan bawang besar potong, bawang putih, cili potong serta sedikit sos tiram. Akhir sekali masukkan kacang panjang serta karot yang dipotong.

Siap untuk dihidangkan.



Sayur daging

Masukkan daging ke dalam periuk. masukkan juga air. Kemudian masukkan hirisan halia,bawang besar, lengkuas serta serai dititik. Masak hingga daging empuk. Kemudian masukkan garam serta perasa, siap untuk dihidangkan.



Air Asam Kerisik

Bawang besar, cili api serta tomato dihiris halus. Masukkan dalam satu bekas. Kemudian juga masukkan air asam jawa, belacan, kerisik, garam dan gula. Gaul hingga bercampur rata. Siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.

 

Sabtu, 7 Jun 2025

Salam Aidil Adha 2025 M / 1446 H

 Assalamualaikum...

Hari ini kita umat Islam di seluruh dunia merayakan hari raya Aidil Adha. Hari yang mulia ini, marilah kita merenung erti pengorbanan dan menyemai kasih sayang antara kita sesama insan.



Sekadar photo kenangan di hari raya Aidil Adha ini. Tak semua ahli keluarga berkumpul. Sorang beraya di Penang, Sorang beraya di Kedah dan seorang lagi kena bekerja. Raya pun hanya ala kadar je.






                    

Tapi ketupat rendang tetap juga saya buat, kalau tidak tak rasa seperti raya.



Sedikit juadah hidangan di hari raya, ada ketupat pulut, nasi impit, rendang, kari daging, juga sayur lodeh.

Akhir kata Salam Aidil Adha, jangan lupa muhasabah diri dan mensyukuri segala nikmat yang kita kecapi dihari ini.


Rabu, 4 Jun 2025

Ayam Masak Cili Bersantan

 Assalamualaikum...

Masih lagi dalam mood cuti sekolah. Biasalah time cuti sekolah ni, anak-anak semua berkumpul. Anak yang dok asrama pun balik rumah. Jadi mak-mak sekali sekala mestilah nak masak yang sedap-sedap untuk anak-anak.

Jadi resepi ni sangat sesuai dimasak untuk anak2. Rasanya tak lah terlalu pedas sangat, kemudian rasa lemak-lemak santan pula. Ayam masak cili bersantan.

Jom tengok resepinya.



Bahan-bahan:

1/2 kilo ayam
garam kunyit
2 batang serai
santan kotak

Bahan kisar:

cili merah
cili api
bawang besar
bawang putih
halia
kunyit hidup
asam keping
garam, gula dan perasa
minyak secukupnya untuk menggoreng dan menumis


Cara memasaknya:

1. Ayam digaul garam dan kunyit, kemudian digoreng separuh masak.

2. Panaskan minyak, masukkan serai, kemudian masukkan bahan kisar. Masak sehingga cili garing.

3. Masukkan asam keping. Juga masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Masukkan santan. Dikacau hingga bergaul rata.

4. Perasakan dengan garam, gula serta serbuk perasa. Biarkan sehingga pecah minyak. Barulah diangkat untuk dihidangkan.



Anak2 pun suka makan, apa lagi dimakan dengan nasi panas-panas. Si kecil makan sampai bertambah nasinya. Kata mereka rasanya seakan-akan rendang. Mak-mak ni kalau anak-anak suka makan masakan kita, happy lah rasanya.