Isnin, 21 April 2025

Majlis Tadarus Al Quran Sempena Bulan Ramadhan

 Assalamualaikum sahabat semua... Moga semuanya berada dalam lindungan Allah selalu.

Di bulan Ramadhan sebelum ini, saya mengikuti tadarus Al Quran bersama kaum muslimat di surau An Nur berdekatan tempat saya tinggal saya sekarang.

Hari Ahad kelmarin kami menghadiri majlis tadarus Al Quran di rumah salah seorang sahabat kami. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Biasanya orang mengadakan khatam Al Quran sebaik sahaja tamat 30 juzuk al Quran, dalam bulan puasa. Tapi kumpulan muslimat kami mengadakan khatam al quran selepas hari raya sambil mengadakan open house. Jadi meriahlah sedikit majlisnya sambil tadarus dapat makan-makan, juga dapat mengeratkan silaturrahim.



Sebenarnya ramai lagi yang mengikuti tadarus al quran tapi tidak dapat hadir disebabkan ada halangan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.






                                 

Selepas selesai khatam Al Quran kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Ada dikalangan kami yang datang juga membawa makanan. Alhamdulillah, makanan semuanya sedap.







     




Kebetulan tuan rumah juga menyambut hari lahirnya.




Setiap peserta tadarus al quran diberikan hadiah periuk dari penganjur, alhamdulillah rezeki.


              

                       





Mudah-mudahan dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, moga tahun hadapan dapat join lagi tadarus al Quran bersama kawan-kawan.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan