Isnin, 17 Mac 2025

Biskut Samperit

 Assalamualaikum...

Selamat berpuasa juga salam Nuzul al-Quran buat teman-teman semua. Hari ni dah hari yang ke tujuh belas kita berpuasa. Cepatnya masa berlalu, terasa seperti baru sahaja kita mula berpuasa. Sedar tak sedar dah setengah bulan kita berada dalam bulan Ramadhan.

Mungkin ada diantara kawan-kawan yang dah mula buat persiapan untuk hari raya dengan membeli baju raya serta membuat kuih. Saya juga baru mula membuat kuih.

Dah lama tak buat biskut raya. Memandangkan peralatan untuk membuat biskut raya masih tersimpan, jadi raya tahun ni buatlah serba sedikit biskut yang termampu.


Resepi biskut samperit

Bahan-bahan:

Bahan A

250 buttercup/planta

1 cawan gula icing

1 sdk esen vanila

1 biji kuning telur

sedikit pewarna kuning

Bahan B

1 cawan tepung jagung

1 cawan tepung kastad

2 cawan tepung gandum

ceri merah untuk hiasan


Cara membuatnya:
1. campurkan semua bahan A, pukul sebati sahaja supaya gula tidak berketul.
2.Ayak dahulu bahan B, kemudian masukkan sedikit demi sedikit tepung sambil digaul rata menggunakan senduk sahaja.
3.Uli semua adunan tak lembik tak keras supaya mudah ditekan. Saya guna acuan pecah 10.
4. Rehatka 10 minit supaya bunga tidak kembang apabila dibakar.
5. Bakar suhu 170C, 30, 40 minit mengikut oven masing-masing.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan