Assalamualaikum...
Selamat petang sahabat semua... semoga semuanya sihat selalu di samping keluarga tersayang. Masih lagi dalam mood cuti sekolah, juga diharapkan cuti sekolah ini dimanfaatkan dengan kegiatan yang berfaedah.
Kalau saya, cuti ini saya hanya pulang ke kampung sahaja. Sunatkan anak lelaki bongsu saya. Minggu depan dah start sekolah semula. Jadi, kenalah buat persiapan untuk hantar anak masuk asrama kembali. Apa-apa pun saya doakan semoga segala urusan sahabat dipermudahkan.
Tengahari ni teringin pula nak makan masak lemak ikan masin. Kebetulan ada ikan talang dari kampung itu hari. Ke pasar tadi beli nenas. Jadi dapatlah makan nasi berlaukkan masak lemak ikan talang bersama nenas.
Resepi dari saya mudah sahaja, jom tengok resepinya.
Resepi Masak Lemak Cili Api Ikan Talang Nenas
Resepi:
ikan talang
1/2 biji nenas [dipotong]
3 batang serai [dititik]
daun kunyit
garam, gula dan perasa
santan kotak
1 inci lengkuas
1 keping asam gelugur
Bahan kisar:
15 biji cili api
1 biji bawang besar
kunyit hidup
Cara memasaknya:
1. Blender bahan kisar hingga halus.
Masukkan ke dalam periuk. Masukkan serai,
lengkuas serta asam gelugur. Masak hingga
mendidih.
2. Masukkan ikan talang serta nenas, juga
masak hingga mendidih dan nenas lembut.
3. Masukkan pula santan, dikacau perlahan-
lahan supaya santannya tidak pecah.
Masukkan garam, gula serta perasa jika
suka.
4. Rasakan ia, jika dah cukup rasa bolehlah
dimatikan apinya.
![]() |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan