Rabu, 13 Oktober 2021

Bermula Lagi Intake Baru

 Assalamualaikum wrh... wbr...

Jumpa lagi di update kali ini, moga sahabat semua beroleh kesihatan yang baik.

Alahamdulillah... sekarang dah boleh merentas negeri, jadi ramailah diantara kita yang ada plan nak jalan2 atau balik ke kampung. Apa-apa pun, nak merentas negeri kenalah vaksin 2 dose dahulu. Yang penting kena jaga kesihatan dan jaga jarak. Jika ada simpton, elakkan pergi ketempat yang dikunjungi ramai orang.

Berbalik cerita saya, bulan ni join lagi Intake Oktober (program diet online). Bukan apa nak turunkan lagi berat badan, biar cepat stopkan ubat darah tinggi.


Seperti biasa saya sharekan plate saya untuk menu lunch di minggu pertama.

Minggu pertama

Kerabu suun sama udang


Hari ke 2

Sup Tofu ala Korea sama brokoli.


Hari ke 3

Ikan Cencaru sumbat bakar sama ulaman.


Hari ke 4

Tomyam Ayam sama Nasi Beras Perang


Hari ke 5

Bihun goreng ayam wholemeal sama sayuran.


Hari ke 6

Chicken Herbs sama zucchini Olio


Timbangan minggu ni alhamdulillah... turun lagi.


So bertambah semangat lah nak berdiet lagi. Untung tau join diet online ni, makanan pun sedap-sedap. Ada coach yang akan guard kita, kemudian juga kita berdiet berjemaah (ramai-ramai). Taklah diet kita ke laut. Bila diet sorang2 sekejap je dah tak bersemangat lagi.

 


2 ulasan:

  1. Salam ziarah..semoga tercapai niat nak seimbangkan berat ya.AAmiin

    BalasPadam
  2. Saya daftar sini dan follow ya..

    BalasPadam