Selasa, 11 September 2012

Ikan Siakap Kukus

       
             Assalamualaikum wrh wbr....

      Salam penuh keceriaan untuk kawan-kawan semua, tak kira walaupun di mana berada, semoga berbahagia hendaknya. Kali ini saya telah mencuba memasak ikan siakap kukus yang saya ceduk resepinya dari Dapur Dayangjack. Okey, sedap masakannya. Oleh kerana, tumis menumis tidak dibenarkan dirumah, kerana tiga orang dari anak saya demam chickenpop. Maka terpaksalah masak yang rebus atau kukus sahaja. Maka tercari-cari lah resepi kukus mengukus. So... terbekenanlah dgn masakan ikan siakap kukus dari dapur DAYANGJACK. Maka saya cubalah.... Terima kasih atas resepinya, izinkan saya copykan kat sini...




Resepi Ikan Siakap Kukus:

Bahan-bahan:

1 ekor ikan siakap (dibersihkan)
2 batang serai (diketuk)
5 ulas bawang putih (dihiris)
2 inci halia (dihiris)
1-2 biji limau nipis (ambil jusnya)
5 biji cili padi (diketuk)
2 biji tomato (dihiris dadu)
sedikit garam dan gula
1 sudu makan sos tiram atau sos ikan
sedikit air
sedikit daun sup atau daun ketumbar

Cara memasaknya:

1. Sediakan pengukus. Jerang airnya dengan
   api sederhana. Sediakan bekas tahan panas
   atau loyang.
2. Lumurkan ikan bersama garam. Kemudian 
   letak di dalam bekas tadi. Kemudin tabur-
   kan hirisan bawang putih, halia dan serai. 
   Kukus selama 15-20 minit. Sementara itu, 
   satukan sedikit air bersama sos ikan/ sos 
   tiram dan gula. Bancuhkan.
3. Kemudian buka penutup kukusan, masukkan 
   tomato serta air yang dicampurkan dengan
   sos tiram tadi. Kukus lagi 5 minit.
4. Akhir sekali masukkan jus limau dan cili
   padi. Kacau perlahan. Jika kurang masin 
   bolehlah tambah garam. Kukus lagi selama
   2-3 minit.
5. Setelah masak, taburkan hirisan daun sup.
6. Hidang dan sedia untuk dinikmati bersama 
   nasi putih.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan