Sabtu, 29 September 2012

Kuih Lapis Seri Wangi

      
              Assalamualaikum wrh wbr....

       Salam bahagia kepada teman-teman blogger sekalian semoga anda semua bertambah keceriaan di hari ini. Malam tadi saya telah mencuba membuat kuih lapis seri wangi yang telah dihasilkan oleh YATI MEMORIES. Ternyata sedap kuihnya. Rasanya pun lemak. Tapi kuih lapis saya ni, tak tinggi sangat sbb loyangnya hanya 9 inci. Walau apa pun, terima kasih saya ucapkan kepada Yati kerana sudi sharekan resepi kuih ni dan bermacam-macan kuih talam lagi. Insyaallah di lain masa saya akan cuba buatkan kuih yang lain pula. Oleh itu izinkan saya letakkan resepinya kat sini untuk panduan dan rujukan saya nanti....






Resepi Kuih Lapis Seri Wangi

Bahan-bahan:   (loyang 8x8 in)


Bahan A:

2 cawan tepung  beras
1 cawan tepung gandum
2 sdb tepung jagung
1 sdk garam
2 cawan santan pekat.

Bahan B:

1 1/4 cawan gula pasir
1 cawan santan pekat
2 cawan santan cair
2 helai daun panda

Bahan C:

3 sdb serbuk koko
4 sdb air suam untuk bancuh serbuk koko
pewarna hijau pandan

Cara membuatnya:

1. Masak bahan B hingga gula larut, biarkan 
   suam sedikit.
2. Sementara itu satukan ke semua bahan A
   di dalam mangkuk dan gaul rata, ketepikan
   dulu.
3. Masukkan bahan B ke dalam A dan gaul, 
   kemudian tapiskan.
4. Bahagikan kepada dua bahagian. Satu 
   bahagian letakkan pewarna hijau/pandan 
   dan satu lagi letakkan bancuhan koko.
5. Panaskan pengukus dan balut penutupnya 
   dengan kain.
6. Sementara itu sapukan minyak di sekeliling 
   loyang dan alaskan dengan plastik di 
   dasarnya.
7. apabila air dah mendidih, letak loyang
   tadi dan panaskan sebentar.
8. Masukkan adunan koko 1 cawan dan kukus 
   selama 5 minit.
9. Setelah itu, lapis pula adunan hijau 
   selama 5 minit juga dan lapiskan seterusnya
   sehingga habis adunan.
10. Lapisan akhir sekali kukus selama 20
    minit. 
    Bila siap, angkat dan sejukkan.
11. Kuih benar-benar sejuk barulah cantik 
    dipotong. Gunakan  pisau plastik supaya 
    licin potongannya.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan