Ahad, 28 April 2019

Sayur Bok Choy Sos Tiram


Assalamualaikum... selamat pagi

Bertemu kembali di entri kali ini,semoga sahabat semua sihat2 sahaja di hari ini.

Beberapa hari yg lepas saya masak sayur bok choy sos tiram, biasanya sayur ni saya tumis biasa saja, tapi kali ni saya cuba masak sos tiram pula. Mudah je masak sayur ni,jom tengok resepinya.


Resepi Sayur Bok Choy sos Tiram

Bahan-bahan:

4 pokok sayur bok choy
1 inci halia (dicing halus)
3 ulas bawang putih (dicincang halus)
Sos tiram secukupnya
1 sdt tepung jagung (tapi saya tak letak sbb 
      tak ada stok)
garam dan perasa jika suka


Cara memasaknya:

1. Sayur bok choy dibelah 2 dan dicuci
   bersih. Panaskan air, bila dah mendidih
   masukkan sayur bok choy, bila dah layu
   angkat dan toskan. Letak didalam pinggan.

2. Panaskan sedikit minyak kedalam kuali
   tumiskan bawang putih hingga garing,
   masukkan sos tiram, kemudian masukkan 
   sedikit air supaya tidak hangus.

3. Masukkan halia, kemudian masukkan tepung 
   jagung yg dibancuh dengan sedikit air.
   Kacau perlahan, masukkan pula garam dan
   perasa.

4. Angkat dan curahkan ke dalam pinggan yang
   berisi sayur tadi. Siap dihidangkan.


* Selain sayur bok choy boleh juga diganti
  dengan sayur sawi atau sayur kailan.


6 ulasan:

  1. sy suka makan sayur pak choy tp asal masak mesti xjd. lepasnie boleh lah try resepi nie

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cuba lah Sara... mudah2an menjadi selepas ni.

      Padam
  2. Inilah sayur kegemaran en.suami, kalau beli sayur bok choy, awal-awal dia pesan, masak dengan sos tiram.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang pun... sayur bok choy ni memang sedap kalau dimasak dengan sos tiram.

      Padam
  3. Assalamualaikum...salam ukhwah... done follow blog puan diela. Jemput singgah ke blog saya juga Sis Hawa Dot Com . TQ

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam ukhwah juga dari kak Diela... Terima kasih sudi jengah ke blog akak yg serba kekurangan ni.

      Padam