Ahad, 8 Februari 2026

Jalan-Jalan Ke Pasar Malam

 

Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua...

Petang semalam sempat keluar jalan-jalan ke pasar malam. Di tempat saya pasar malam selalunya di malam Ahad. Tak selalu pun pergi pasar malam. 

Kat pasar malam ni biasanya banyak menjual makanan, minuman, buah-buahan, sayur-sayuran, baju-baju dan ada juga menjual ikan.

Jom tengok apa yang dijual di pasar malam.



Macam-macam jenis air ada dijual. Dah penat-penat berjalan, boleh beli air.

                  

Ayam goreng.


                                       



Buah-buahan juga ada di jual di pasar malam.









                       











Sayur-sayuran pun turut dijual di pasar malam.



Jumaat, 6 Februari 2026

Cucuq Cempedak Untuk Minum Petang

 Assalamualaikum...

Selamat petang semua... semoga dipetang Jumaat ini akan memperoleh keberkahan.

Diwaktu petang begini memang perut pun terasa lapar. Kebetulan kepasar malam kelmarin ada yang jual buah cempedak. Dari jauh lagi sudah tercium bau harum semerbak buah cempedak.

Oleh kerana dah lama tak merasa cucuq cempedak, jadi saya pun belilah sebiji. Jadi bolehlah buat cucuq cempedak untuk minum petang ni.


                   


\


Ulas isinya pun besar-besar.





Petang-petang ni sedap dapat makan cempedak goreng dengan secawan teh hangat.


Ahad, 1 Februari 2026

Malam Nisfu Syaaban

 Assalamualaikum...

Selamat bercuti kepada teman-teman yang bercuti hari ini, semoga semuanya berada dalam rahmat Allah swt.

Malam 15 Syaaban dimulai selepas waktu maghrib pada hari Isnin, 2 Februari dan berterusan hingga Subuh Selasa, 3 Feberuari 2026.



Sempena malam Nisfu Syaaban, jom sama-sama kita ambil kesempatan perbanyakkan doa dan meminta ampun pada Allah swt pada malam nanti, mudah-mudahan Allah mengampuni segala dosa kita serta menerima taubat kita, insyaallah.

Ini sekadar sharing panduan untuk diri saya sendiri juga teman-teman. Apakah amalan yang boleh dilakukan ketika malam nisfu Syaaban.



                   







Semoga ada keberkatan buat kita semua.



Sabtu, 31 Januari 2026

Cucuq Bawang Ikan Bilis

 

Assalamualaikum...

Selamat berhujung minggu sahabat semua. Pagi tadi tak tahu nak masak apa untuk sarapan, nak keluar malas lah pula, Jadi masaklah apa yang ada kat rumah.

Pagi ni saya buat cucuq bawang ikan bilis. Selalunya saya akan letak sayur kobis dan karot. Tapi hari ni stok sayur pun dah habis, maka letaklah apa yang ada sahaja.




Biasanya kalau buat cucuq mestilah kena guna tepung gandum. Kalau saya buat cucuq saya tak suka letak serbuk penaik kerana bila makan akan cepat rasa muak. Mudah saja nak buat cucuq bawang ikan bilis ni.

Bahan:

tepung gandum

hirisan bawang besar

hirisan cili api

ikan bilis

sedikit garam

air secukup

Cara bancuh tepung:

Masukkan semua bahan ke dalam bekas, masukkan air sambil dikacau dengan senduk. Adunannya pula janganlah terlalu pekat dan telalu cair, sedang-sedang saja.




Sambil-sambil bancuh tepung, bolehlah panaskan minyak untuk menggoreng. Bila minyak dah panas, barulah masukkan adunan tepung menggunakan sudu atau senduk. Bila cucuq dah mula keras baru balikkan. Sentiasa dikacau supaya ia masak sekata.



Dah siap menggoreng, boleh hidangkan dengan sos cili dan juga kopi atau teh O panas. Memang sedap...



Majlis Bacaan Yasin Dan Tahlil Group Kelas Ngaji

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di update kali ini. Semoga semuanya sihat dan bahagia selalu di hujung minggu ini.

Share mengenai majlis bacaan Yasin Group ngaji. Sebenarnya dalam group ngaji ada dua kumpulan yaitu group Selasa dan group kahamis. Kemudian ngaji secara online juga ada kebih kurang 30 orang. So setiap 1/2 bulan, setiap orang mesti membaca satu surah. Bacaan surah ini kita hadiahkan buat arwah-arwah saudara kita yang telah meninggal.

Sebelum datangnya bulan Ramadhan, kita semua berkumpul untuk bacaan surah yasin dan tahlil, juga minggu ini adalah minggu last ngaji. Insyaallah selepas raya nanti baru berjumpa kembali.






Sebenarnya ramai lagi, mungkin tak dapat hadir disebabkan ada halangan.




Acara pertama adalah bacaan yasin dan tahlil beramai-ramai.






Acara kedua, setelah berdoa semuanya berselawat beramai-ramai.








Dan acara yang ditunggu-tunggu adalah menjamu selera. Masing-masing datang dengan membawa makanan. 




                     

     


                                      










Alhamdulillah... semuanya dapat menjamu selera dengan makanan yang ada sambil berbual. Ada yang jarang berjumpa, bila dah berjumpa macam- macam cerita nak dibualkan.




Khamis, 29 Januari 2026

Menu Makan Saya Di Hari Ini

 Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkah ini, moga kita semua memperoleh keberkahan di hari yang mulia ini.

Menu makan saya di pagi hari ni sebelum pergi kerja, sandwich sardin. Pagi-pagi mesti kena isi perut dulu. Kalau sempat saya masak, kalau tak sempat beli saja kuih karipap kat gerai tepi jalan.




Balik dari kerja paling awal pun 11.30. Sampai rumah letak beg, tukar baju terus ke dapur masak nasi terlebih dahulu. Buat apa yang patut untuk siapkan bahan untuk masak lauk nanti. Pukul 12.50 ambik si kecik balik dari sekolah. Kemudian sambung lagi bersilat kat dapur siapkan lauk.

Sebelum pukul 2 petang, si kecik makan dan terus bersiap-siap ke sekolah agama pula. Untungnya sekolah agama dekat dengan rumah, jadi tak perlu dihantar. Dianya akan jalan kaki saja ke sekolah agama. Jadi rilexlah sikit. Kalau ada kelas saya akan ke kelas ngaji, kalau tak ada boleh lah rilex diwaktu petang.

Begitulah rutin harian saya setiap hari.



Hari ni saya masak sambal telur mata. Sekarang ni tiap hari masak mesti kena ada sambal. Kalau tak, tak nak makan si kecik tu. Katanya tak ada ayam pun tak apa, janji ada sambal. Jenuhlah pulak kena beli cili tiap hari.



Kebetulan ada daging, masak lah tomyam daging. boleh juga hirup kuahnya.



Ulamnya pula daun bayam brazil kebetulan sayur bayam brazil banyak kat belakang rumah. Tak payah sambal belacan lagi, sebab sambal telur dah ada.




Dah habis makan rasa pula nak ngemil, potong buah mangga muda kecil-kecil kemudian taburkan dengan serbuk asam boi. Kejap je licin 
he he...