Assalamualaikum...
Hari ni hari Deepavali. Selamat bercuti buat teman-teman blogger. Mungkin ada teman-teman yang mengambil kesempatan balik kampung dicuti ini. Saya hanya bercuti dirumah saja, buat kerja apa yang patut, juga menanda kertas periksa anak-anak.
Pagi ni saya masak bihun goreng ja untuk sarapan pagi ni.
Selepas sarapan tadi jenguk tanaman yang ada kat belakang rumah. Kemudian kemaskan pokok-pokok bunga yang ada kat depan rumah. Time hujan ni, seronok pula menanam. Tiap hari tak payah siram, sebab tiap hari hujan.
Jom tengok tanaman apa yang saya tanam kat belakang rumah.
Pokok kemangi dah mula subur semula. Minta jiran sebelah rumah. Saya tanam guna keratan batang saja, alhamdulillah tumbuh.
Pokok bayam berazil pun dah mula subur lagi.
Pokok kaduk juga mula keluar pucuk baru.
Pokok daun beluntas.
Pokok ginseng jawa.
Pokok ajinomoto ni kalau sering di petik, dia akan tumbuh pucuk baru.
Pucuk kaduk lagi. Biasanya saya akan tanam lebih dari dua pasu. Kalau tanam sikit macam tak cukup je kalau nak direbus.
Pokok ajinomoto lagi.
Ini pula pucuk ulam raja, juga kalau rajin dipetik, akan bertambah subur.
Pokok daun kesum. Memang sangat penting ni, nak buat laksa atau asam pedas tak payah beli lagi.












Tanaman yang wajib ada sekitar rumah ni.. dah jimat belanja
BalasPadamelok semua hasil tanaman puan diela :D bestnya ada ulam raja tu! ulam yg paling saya sukaaa
BalasPadam