Khamis, 18 Jun 2026

Menghadiri Majlis Ilmu Safari Manaqib

Assalamualaikum…

Selamat malam sahabat semua, moga sihat dan bahagia selalu.

Akhir-akhir ini agak jarang saya mengupdate blog disebabkan agak sibuk dengan tugas-tugas harian.
Ini cerita hari Sabtu yang lalu, saya sempat  menghadiri majlis pengajian iaitu Safari Manaqib, anjuran Pondok Remaja Inabah 10, Kuala  Nerang, Kedah. Majlis ini bertujuan untuk mencari berkat, mengeratkan silaturrahim serta menghidupkan hati dengan zikrullah.




Kebetulan majlis pengajian tersebut dadakan berdekatan dengan tempat tinggal, maka sempatlah kami menjenguk ke sana. 






Seronok sebenarnya sekali sekala dapat ikuti program seperti ini. Disamping dapat mengeratkan silaturrahim diantara kita saudara se Islam, juga dapat menimba ilmu dari mereka yang menyampaikan ilmu. Apa pun kegiatan yang kita ikuti, dapatlah diambil ilmu dan manfaatnya untuk bekalan kita setelah pulang ke sana nanti.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan