Assalamualaikum...
Selamat Hari Buruh sahabat semua... Hari ini 1 hb Mei 2026 adalah hari pekerja. Jadi ramai yang bercuti hari ini. Alhamdulillah... jadi mereka yang bekerja dapatlah bercuti 3 hari di hujung minggu ini.
Hari ini rumah saya dikunjungi keluarga abang ipar, anak-anak serta cucu-cucunya dari Batu Kurau, Perak. Mereka datang menziarah suami, lagi pun dah lama tak berjumpa. Dulu waktu suami sihat selalu balik ke Batu Kurau. Mak dan ayahnya memang dah lama meninggal, cuma abang-abang dan kakaknya yang masih tinggal di sana.
Pagi tadi selepas hantar si kakak pergi kerja teruslah ke pasaraya berdekatan beli ayam dan sedikit barang dapur untuk dimasak tengahari nanti.
Ingatkan mereka sampai tengahari, sempat lah masak nasi untuk makan tengahari. Rupanya mereka sampai pukul 10 pagi. Alamak tak sempatlah masak nasi. Mereka pula hanya singgah sebentar sahaja katanya nak bertolak ke Terengganu pula, menghantar cucunya ke UNISZA.
Jadi hanya minum dan makan yang ringan-ringan sahajalah.
Sebenarnya suami serta abangnya ni adik beradik, satu bapa tapi lain ibu. Tapi semua adik beradik mereka begitu rapat.
Bila semua dah balik, dah tak ada mood lagi nak masak. Jadi barang-barang yg dibeli tadi terus disimpan ke dalam peti ais. Tak apa besok boleh lagi masak.
Last sekali bila dah lapar, cari makan ke kedai mamak lah.
Si kecik pula minta tosei tisu tapi tak ada, hanya ada tosei garing saja, tapi dimakan bersama susu pekat.
Begitulah ceritanya hari ini. Kadang-kadang mood kita ni selalu berubah-ubah mengikut keadaan... kan.
Walau apapun selamat bercuti sahabat semua, semoga cuti anda di isi dengan kegiatan yang berfaedah dan menenangkan.







Giveaway Kerajaan Kelapa 2.0 kembali lagi!
BalasPadamSemua warga Kelapa Bersekutu dijemput untuk memeriahkan lagi majlis beta!
Jumpa tuan hamba di sana!
https://nasuha-itsmyessay.blogspot.com/2026/04/giveaway-kerajaan-kelapa-20.html?m=1
Unika kerajaan kelapa..
PadamAlhamdulillah dapat jumpa ramai saudara..menikmati juadah kegemaran ..
BalasPadam