Jumaat, 20 Februari 2026

Menu Berbuka 1 Ramadhan 2026


 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga semuanya sihat selalu. 

Salam Ramadhan buat semua sahabat. Selamat menunaikan ibadah di bulan suci Ramadhan ini, semoga Allah menerima segala ibadah kita.

Baru nak update my blog. Asyik tenggelam timbul tenggelam timbul je. Sebelum ramadhan agak sibuk, balik kampung hantar anak kembali masuk belajar, tak sempat nak update.



Menu yang sempat disediakan buat berbuka kelmarin. Airnya saya hanya buat teh O panas saja, disebabkan kelmarin hujan lebat. Jadi minum yang panas saja.



Tak ketinggalan buah kurma.



Sayur kobis beijing digoreng dengan tempe.



Telur dadar goreng.


Masak lemak cili api ayam dengan kentang.



Acar buah, kebetulan time balik kampung ada jiran yang datang jual.


Juga buah tembikai buat pencuci mulut.


1 ulasan:

  1. Saya pun puasa kali ini minum yang panas saja, kurangkan yang berais dan manis. Selamat berpuasa Diela.

    BalasPadam