Jumaat, 20 Februari 2026

Jalan-Jalan Ke Festival Jerami Gulung


 Assalamualaikum...

Sempena cuti Tahun baru Cina kelmarin, kami sekeluarga sempat balik kampung di Kedah. Tujuannya hantar Nurul Ezzati dan kakaknya Siti Haida ke kampung. Nurul Ezzati akan meneruskan pengajian untuk mengambil STAM, sementara kakaknya pula bekerja di kampung sementara cuti semestar hampir 2 bulan.

Sementara berada di kampung kelmarin ada Festival jerami gulung berlangsung selama 3 hari bertempat di Sedaka, Yan. Jadi sempatlah berkunjung ke sana.





Sekarang ni ada kawasan yang dah menuai padi. Setiap tahun pihak MADA akan mengadakan festival jerami ni.

Macam-macam replika petani-petani hasilkan. Memang meriahlah sambutannya. Tempat parking penuh, jalan juga sesak dan jem panjang disebabkan ramai sangat pengunjung.















        Replika orang sedang memukul padi.



















Ada juga disediakan gerai-gerai jualan makanan dan minuman. Penat-penat berjalan boleh menjamu selera.







Ada buaian juga buat anak-anak.


Best juga sekali sekala dapat berkunjung di tempat-tempat macam ni.




1 ulasan: