Sabtu, 31 Mei 2025

Pokok Bunga Pukul 10 Pagi

 Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua. Juga selamat bercuti kepada kawan2 yang punyai anak yang masih bersekolah. Sempena cuti sekolah ni ada diantara kawan2 yang pergi bercuti bersama keluarga. Tapi saya tetap saja dirumah meluangkan waktu buat apa yang patut. Lagi pula beberapa hari lagi kita akan merayakan Hari Raya Aidil Adha pula.

Sambil-sambil tu saya meluangkan masa dengan mengemaskan pokok-pokok yang dah jadi semak samun di laman, gantikan pula dengan pokok2 yang baru.

Jom saya share tanaman pokok bunga pukul 10 pagi yang baru sahaja saya tanam minggu2 yang lalu. Sebelum ni saya memang tak berminat lagi menanam bunga ni disebabkan sebelum ni tanaman saya diserang bena putih.



Selepas jiran depan rumah yang berbangsa cina, berikan saya beberapa batang pokok bunga ni, jadi saya pun cuba menyemainya. Ternyata naik dengan elok pula. Timbullah minat saya untuk  membiakkan pokok-pokok bunga ni lagi.

Bunga ini dikenali dengan nama Portulaca, mempunyai berbagai jenis warna sebenarnya, tapi saya hanya ada beberapa warna sahaja seperti pink, kuning dan oren sahaja. Sangat mudah membiak apabila ditanam, juga sangat cantik jika ditanam di laman rumah.



Bunga ini boleh ditanam terus di atas tanah, didalam pasu dan juga boleh digantung. 





Bunga ini akan mula berkembang pukul 9 pagi dan akan mekar pada pukul 10 pagi. Apabila pukul 2 petang ia akan menguncup kembali.



Ada bunga yang berwarna kuning full dan ada juga berwarna kuning campuran oren.



 Cara menanamnya juga sangat mudah dengan cara memotong keratan batang, kemudian baru di cucukkan ke dalam tanah.










Jom kita cantikkan laman rumah kita dengan bunga-bunga yang indah.



Jumaat, 23 Mei 2025

Kuih Bingka Kacang Hijau

Assalamualaikum...

Selamat tengahari hang pa semua, moga sihat selalu. Teringin nak merasa kuih bingka kacang hijau, kebetulan ada lebihan kacang hijau lebihan buat bubur sebelum ini. Jadi saya cuba lah buat kuih bingka kacang hijau ni. Saya cuba resepi dari Yati Memories. Memang sedap kuihnya. Suami dan anak-anak saya juga suka. Berulang-ulang mereka makan. Terima kasih resepinya saya sharekan resepinya disini pula ya...



Resepi Kuih Bingka Kacang Hijau

Bahan-bahan:
 
1 cawan gula pasir
2 cawan tepung gandum
1 cawan santan pekat
2 cawan air
2 sdb mentega / minyak sapi
3 biji telur
secubit garam
pewarna hijau dan perisa pandan
2 cawan kacang hijau yg telah direbus dibahagi dua
bijan secukupnya


cara memasaknya:

1. Satukan kesemua bahan bersama 1 cawan kacang hijau dan kisar hingga sebati.
2. Masukkan ke dalam periuk dan masak hingga sedikit pekat, sentiasalah dikacau guna whisk. Guna api sederhana je.
3. Masukkan 1 cawan kacang hijau yang tidak dikisar tadi dan gaul rata.
4. Masukkan 1 sdb minyak masak ke dalam loyang dan oleskan merata. Boleh juga menggunakan mentega.
5. Panaskan loyang dalam oven sebentar. Bila minyak masak dah panas, masukkan adunan tadi.
6. Tabur bijan dan bakar guna api atas bawah suhunya 180C selama 1 jam 15 minit. Tambah lagi api atas selama 5 minit untuk dapatkan kuih yang garing.
              

                                    

Boleh buat untuk sarapan pagi atau minum petang. Sedap dimakan bersama minuman panas.



Selasa, 20 Mei 2025

Laksa Lemak Kuah Putih

 Assalamualaikum...

Bersua lagi di entri kali ini, moga sahabat semua sihat selalu.

Dah lama tak update masak-memasak. Kali ni saya cuba masak laksa lemak kuah putih. Teringin nak merasa laksa lemak putih, biasanya dok masak laksa johor, laksa lemak kari stail Kedah. Biasanya kuah laksa yang putih ni dikenali juga dengan kuah laksam. tapi sedap juga dimakan dengan laksa beras.

Saya cuba resepi dari blog CA @ Dari Duniaku. Terima kasih share resepinya. Mohon izin saya share disini pula resepinya ya...






Ini lebih kurang bahan-bahannya.




Resepi Laksa Kuah Putih

Bahan-bahan:

1/2 bungkus laksa kering, saya guna laksa basah, tinggal dicelur sahaja

1 kilo ikan

2 liter santan (saya guna 2 kotak santan)

4 keping sam keping

bawang merah

bawang putih

lada hitam

daun kesum

garam, gula serta perasa secukupnya


Cara memasaknya:

1. Ikan direbus dengan sedikit air, juga masukkan 3 keping asam keping. bila dah sejuk leluarkan isi ikan.

2. Blend isi ikan dengan bawang putih dan bawang merah dengan sedikit air rebusan ikan.

3. Masukkan ke dalam periuk yang dah berisi santan. Tambah air sekiranya santan terlalu pekat. Adjust kepekatan kuah mengikut selera masing-masing.

4. Masukkan asam keping, daun kesum, bunga kantan, garam, gula dan perasa secukup rasa.

5. Letak juga serbuk lada hitam mengikut citarasa masing-masing.

6. Kacau kuah sentiasa supaya tak pecah santan sehingga mendidih. dah siap hidangkan.



laksa yang dah dicelur. Jikalau guna laksa kering, kena rendam dulu 1/2 jam atau 1 jam, kemudian direbus sehingga lembut.


Bahan hiasan:

bawang besar (potong bulat)

timun (racik halus)

kacang panjang (potong kecil)

telur (direbus)



Sambal:

10-15 cili api

belacan

sedikit jus limau nipis



Cara menghidang:

Masukkan laksa ke dalam mangkuk, masukkan kuahnya. Kemudian letak bahan2 hiris, beserta telur rebus dan sambal belacan.


Selamat mencuba.


Sabtu, 17 Mei 2025

Jalan-Jalan Ke Rompin, Pahang

 Assalamualaikum...

Bersambung lagi cerita sebelum ini.

Oleh kerana majlis kenduri sebelum ini di Muadzam Shah, dah dekat dengan Rompin Pahang, jadi selepas sahaja selesai di majlis kenduri kami berangkat ke Rompin, Pahang ke rumah emak saudara di Felda Selendang, Rompin.

Sementara itu kami sempat singgah sambil santai2 di Pantai Hiburan yang terletak di Rompin.








                     




Selepas itu baru kita ke rumah emak saudara di Felda Selendang, Rompin, Pahang.




Sebelum bertolak balik sempat ambil gambar kenangan bersama.





Ayah juga ambil kesempatan bergambar di depan rumah Mak Lang Sapiah.


                   

Ni lah tuan rumah, Mak Lang Sapiah. Suaminya sudah meninggal dunia empat tahun yang lepas.



Selasa, 13 Mei 2025

Perkahwinan Anak Saudara

 Assalamualaikum sahabat semua... Didoakan semoga kawan-kawan semuanya sihat dan bahagia selalu.

Hari Sabtu kemarin, saya beserta keluarga menghadiri majlis akad nikah anak saudara saya beserta kenduri disebelah pengantin perempuan. Majlis tersebut diadakan dikampung yang terletak di Kota Shah Bandar, Bandar Tun Abdul Razak, Pahang. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancarnya.

Saya simpankan photo-photo kenangan di sini buat tatapan di masa akan datang.

Selamat Pengantin Baru saya ucapkan buat Mohamad Khairul Aiman Bin Mohamad Fadzil beserta pasangannya Nurul Hajjar Binti Rosli, semoga mahligai perkahwinan yang dibina akan terus berkekalan hingga ke Jannah.






Bergambar bersama keluarga selepas majlis akad nikah.




Photo semasa akad nikah.




Adik saya bersama suaminya bergambar bersama pengantin.

Pasangan pegantin bergambar bersama keluarga sebelah lelaki.



Pengantin bergambar bersama keluarga sebelah lelaki bersama ibu, ayah serta adik-adik.


                  


Hantaran yang berbunga biru adalah dari pihak lelaki, yang berwarna hijau pula adalah dari  pihak pengantin perempuan.

Kenangan bersama isteri kepada sepupu saya.




Juga gambar kenangan bersama keluarga.




Pengantin bergambar bersama keluarga di sebelah pihak perempuan.

       



                           
                          


Anak2 juga ambil kesempatan bergambar sambil membawa hantaran.