Rabu, 18 Ogos 2021

Koleksi Tanaman

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di update kali ini, moga anda smua sihat-sihat serta dimurahkan rezeki selalu.

Sepanjang PKP ni, dok di rumah saja, jadi kita buatlah aktitiviti yang boleh keluarkan peluh. Nak pergi jogging, risau pulak dengan virus covid yang baru ni, boleh merebak melalui udara. Lebih baik diam saja dirumah.

Saya buat aktiviti menanam tanaman ni dah hampir dua minggu, bila tengok dah tumbuh subur, barulah rasa semangat nak tambah koleksi tanaman lagi.

Ni lah tanaman saya...


Pokok kacang tanah, sebenarnya saja ja saya tanam pokok ni, lebihan kacang tanah saya cuba semaikan. Sekali tengok tumbuh, saya tanamlah kat dalam bekas ni.


Ini pula ubi keledek jepun, mudah ja cara semaiannya.. Keratkan ubi, cucuk ja kat dalam tanah. Selepas seminggu tengok dah mula naik tunasnya.


Paling saya suka pokok pegaga air, juga senang tumbuh. Tapi kena rajin siram lah. Kalau tak alamat kering macam tu je. Lepas ni nak makan ulam pegaga tak payah beli dah.


Bayam brazil, senang juga tumbuh. Cucuk guna keratan batang juga. Dah mula nampak subur. Kalau nak tanam bayam brazil kena lah tanam banyak sikit, kalau tanam satu pasu je nak masak pun tak cukup.


Ni juga bayam brazil. Sebelum ni saya tanam dalam bekas macam ni je. Bila selalu petik daunnya, akan tumbuh daun baru. Bayam brazil ni boleh dibuat ulam dan juga boleh disayur lemak atau digoreng.



Ini pula pokok daun kencur, daunnya boleh dibuat ulam, ubinya pula boleh dimasukkan dalam masakan. Banyak khasiatnya tau.

Insya allah lepas ni plan nak tanam ulam-ulaman pulak. Musim hujan pun dah start, mudah kerja tak payah siram selau.



4 ulasan:

  1. Seronok melihat tanam-tanaman menjadi, subur merimbun.
    Daun kencur tu elok jew tak dimakan siput.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah Amie... tu yang bersemangat nak tambah koleksi tanaman lagi. Ada juga siput disini, tapi yang kecil2, tak nampak pulak dimakan daunnya.

      Padam
  2. kencur sy habis dimakan siput..geram rasa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya ka Ziela... masya allah sayangnya. Alhamdulillah kat kawasan rumah ni siput tak ada. Yang dibimbangkan ulat, sebelum ni habis pokok peria saya dimakannya dik ulat.

      Padam