Ahad, 28 Julai 2019

Kuih Apam Nasi


Assalamualaikum...

   Selamat berhujung minggu buat sahabat semua, moga ceria dan bahagia selalu.

   Hari ni tak kemana-mana, jadi kita buat kuih yg mudah2 je la buat minum petang hari ni. 



    Rupanya sedap pulak kuih apam nasi kali ni, cukup2 je manisnya. Bila makan dengan kelapa parut yg lemak-lemak gitu, memang sedap. Buat setengah adunan je... Menyesal pulak buat sikit. Sekali hadap je dahabis. Tak cukup rupanya, lain kali boleh buat lagi.

    Saya cuba dari resepi Yati Memories, terima kasih resepinya. Saya kongsikan resepinya disini pula ya...



Resepi Kuih Apam Nasi

Bahan-bahannya:


2 cwn nasi

2 cwn tepung gandum
2 cwn tepung beras
1 1/2cwn gula pasir
2 1/2 cwn air
2 sudu kecil yis (mauripan)
kelapa parut dgn sedikit garam 




Cara membuatnya:

1. Blend nasi dan air sehingga hancur 

   (masukkan air sedikit-sedikit... blend
   sampai halus).

2. Setelah hancur, campur gula ke dalamnya

   dan blend sehingga sebati.

3. Dlm bekas lain, satukan tepung gandum,       tepung beras dan yis.


4. Selepas itu,masukkan bahan cecair tadi 

   ke dlm bekas tepung. Kacau sehingga 
   sebati.

5. Perap selama 3 jam.


6. Panaskan pengukus dan balut penutupnya

   dengan kain.

7. Sapukan sedikit minyak pada acuan kecil.


8. Masukkan dlm acuan kecil dan kukus selama

   15 minit...

9. Hidang bersama kelapa yg telah di gaul 

   dengan sedikit garam... atau enak dimakan 
   begitu saja.



Sesuai dibuat untuk sarapan pagi atau minum petang.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan