Khamis, 13 Jun 2019

Masak Lemak Pucuk Ubi


Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua... salam dipagi Jumaat yang indah, semoga sahabat semua sihat2 sahaja di hari ini.

Pulang dari kampung tempohari bawak pucuk ubi kayu. Dapatlah buat masak lemak pucuk ubi. Untungnya kalau duduk kat kampung, boleh tanam tanaman, sesak2 boleh petik pucuk-pucuk kayu buat lauk. Pasti jimat belanja. Kalau tinggal kat bandar semuanya nak kena beli... kan.

Jomlah tengok resepi masak lemak pucuk ubi dari saya.


Resepi Masak Lemak Pucuk Ubi

Bahan-bahan yang diperlukan:

1 ikat pucuk ubi (direbus)
1/2 kotak santan kara
cili api
sejemput ikan bilis
1 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
1 inci kunyit hidup
garam dan perasa jika suka


Cara memasaknya:

1. Celur pucuk ubi dan toskan  airnya.

2. Kisar cili padi, bawang merah, bawang
   putih, ikan bilis serta kunyit hidup 
   hingga halus.

3. Didihkan santan, masukkan bahan-bahan 
   kisar, biarkan mendidih.

4. akhir sekali masukkan pucuk ubi yg telah
   direbus, masukkan garam dan sedikit perasa
   jika suka.

5. Rasakan, bila dah cukup rasa barulah 
   diangkat untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas beserta ulam-ulaman.

Selamat mencuba...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan