Isnin, 16 Jun 2014

Pekan Rabu Alor Setar


           Assalamualaikum wrh..... wbr.....

    Bersua kembali di entri kali ini, semoga teman-teman semua sihat sejahtera selalu. Cuti pertengahan persekolah kelmarin sempat juga kami pulang ke kampung menjenguk orang tua. Jadi sempatlah juga jalan-jalan ke Pekan Rabu Alor Setar.


    Seperti mana teman-teman semua maklum, sesiapa yang datangke Alor Setar, tempat yang wajib disinggah untuk membeli oleh-oleh ialah Pekan Rabu. Kat sini semua barang dapat diperolehi seperti kuih-kuih kering, kerepek, dodol, manisan dan macam-macam lagi. Selain itu, ada juga dijual baju-baju melayu, telekung, kain pelikat, songkok, kopiah dan pelbagai. Kat bahagian bawah pula ada dijual barangan kraftangan, barangan tembaga dan macam-macam lagi.


   
Bangunan Pekan Rabu Alor Setar. Kalau dulu Pekan Rabu ni lah tempat kami menyinggah bila nak balik ke rumah sewaktu bekerja kat Sekolah Darul Ulum, Tandop, Alor setar. Semua tu dah tinggal kenangan.




 Baju-baju melayu memang banyak dijual dengan 
pelbagai saiz dan warna.



 Tidak ketinggalan juga baju-baju muslimah.


  
   Selain itu juga ada dijual kuih-kuih kering, kerepek, manisan dan macam-macam lagi.Pokoknya macam-macam ada lah. Kalau nak raya eloklah shopping kat sini.


  
Inilah barangan yang saya suka kraftangan seperti tudung saji, tikar mengkuang serta barang-barang anyaman dan macam-macam lagi.



Permandangan luar diambil dari bangunan 
Pekan Rabu.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan