Assalamualaikum wrh wbr....
Semoga teman-teman semuanya sihat di samping keluarga. Entri kali ni mengenai wajik atau orang utara kata pulut kacau. Teringat saya waktu kecil dulu bila kenduri kat kampung ja, emak akan buatkan kuih untuk diberikan kepada tuan rumah kenduri tersebut. Pulut kacau ni.... lah yang selalu emak buatkan memandangkan kuih ni senang juga nak dibuat dan ianya sangat sedap.
Sekarang ni, kalau nak makan kuih ni kenalah buat sendiri. So.... saya pun cuba buat kuih ni. Alhamdulillah, menjadi juga kuihnya. Rasanya pun sangat sedap. Saya ambil dari My Resepi. Izinkan saya letakkan resepinya di sini.
Bahan-bahan:
500 gm beras pulut
*300 gm gula melaka @ gula merah
*200 gm gula pasir
Bahan bertanda * dimasak dengan 1 cawan air.
2 cawan santan pekat
1 helai daun pandan
daun pisang untuk alas talam / loyang.
Kalau yang suka durian bolehlah masukkan
beberapa ulas durian (isinya sahaja)
Cara membuatnya:
1. Beras pulut dibersihkan dan direndam
selama 4 jam dan selepas itu dikukus 30
minit, dibalik-balikkan dan digaul dengan
sedikit santan cair dan secubit garam.
selama 4 jam dan selepas itu dikukus 30
minit, dibalik-balikkan dan digaul dengan
sedikit santan cair dan secubit garam.
2. Masak gula melaka dan gula pasir dengan 1
cawan air. Setelah larut dan mendidih
hendaklah ditapis.
3. Panaskan semula gula yang ditapis tadi,
masukkan daun pandan dan secubit garam.
masukkan daun pandan dan secubit garam.
(masukkan durian bagi yg suka durian)
4. Setelah mendidih masukkan santan pekat,
biarkan merenih dalam 1/2 jam. Guna api
kecil.
biarkan merenih dalam 1/2 jam. Guna api
kecil.
5. Setelah gula pekat, berkilat dan bertali.
Masukkan pulut yang dikukus tadi serta
digaul rata.
Masukkan pulut yang dikukus tadi serta
digaul rata.
6. Setelah agak kering, keluarkan daun
pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang
telah dialas daun pisang.
pandan tadi. Tuang ke dalam loyang yang
telah dialas daun pisang.
7. Sejukkan dan sedia dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan