Rabu, 15 Jun 2022

Manggo Salad

 Assalamualaikum wrh... wbr...

Jumpa lagi diblog saya kali ini, moga teman2 semua sihat-sihat selalu di ketika ini.

Hari ni buat lagi kerabu mangga atau manggo salad. Akhir2 ini suka sangat makan masakan ala Thai, yg masam-masam gitu. Bukan apa suka tengok orang2 Thailand mukbang, teringin nak cuba. Nampak sedap je deme makan. 

Kebetulan pasaraya dekat dengan tempat tinggal saya ni banyak dijual mempelam muda. Kalau nak buat guna betik muda memang tak jumpa lah ya. Melainkan balik kampung.

So guna mangga muda pun kira jadilah tu. sebenarnya buat salad manggo atau betik ni macam2 boleh kita masukkan. Ada yang guna seafood yang direbus, ada yang guna sayuran dan macam2 lagi kali saya masukkan juga jagung rebus, pun sedap juga dimakan dengan nasi pulut, ayam gril serta sayuran. Sedap pula rasanya.

Jom tengok resepi manggo salad yg saya buat.



Resepi Manggo Salad

Bahannya:

mangga muda (diparut)

lobak merah (diparut)

jagung rebus (dihiris)

daun ketumbar

daun kangkung

tomato (dipotong)

belacan 

sos sotong / sos ikan

gula, gram

beberapa biji cili api

2 ulas bawang putih

limau nipis


Cara membuatnya:

1. Tumbuk kasar bawang putih serta cili api ke dalam lesung batu, masukkan belacan, sos sotong, hirisan limau nipis, gula serta garam. Jika suka masukkan sedikit serbuk perasa.

2. Hiris tomato kecil2. Tumbuk perlahan2 sambil dikacau. 

3. Masukkan parutan mangga serta lobak merah serta jagung rebus tadi. Kacau lagi hingga bercanpur rata. Akhir sekali masukkan daun ketumbar dan sedikit daun kangkung mentah.

Siap untuk dihidangkan.



Nasi pulut ni saya masak je, tak suka nasi yang dikukus sebab agak keras.



Ayam ni saya hanya letak garam dan serbuk kunyit, kemudian grilkan kat atas kuali leper.



Dihidangkan pula dengan sayur-sayur mentah.



Memang sedap.



Ahad, 22 Mei 2022

Somtam Mangga

 Assalamualaikum wrh wbr...

Teringin nak makan masakan yang masam-masam, jadi saya buatkan somtam mangga. Nak juga cuba buat somtam guna betik tapi tak ada, guna mangga muda pun ok juga, sedap rasanya dengan wangian mangga.

Jom tengok menu hari ni. 


Resepi Somtam Mangga

Bahan-bahan:

1 biji buah mangga muda (dihiris atau 

disagat)

2 ulas bawang putih

kacang panjang (tak letak)

1 biji tomato

lobak merah (diparut)

2 batang sosej (dihiris)

cili api ikut selera, nak pedas letak 

lebih sikit

garam, gula atau perasa ikut rasa

sedikit air belacan

sos ikan

limau nipis

daun ketumbar



Cara membuatnya:

1. Masukkan cili padi kedalam lesung 

   batu, tumbuk kasar cili api serta 

   bawang putih hingga pecah-pecah.

2. Masukkan gula, garam, sos ikan 

   sambil ditumbuk, jus limau nipis, 

   masukkan tomato serta air belacan, 

   dikacau lagi hingga bercampur rata.

3. Kemudian masukkan parutan buah 

   mangga, parutan lobak merah, sosej 

   serta daun ketumbar. Kacau lagi 

   hingga sebati. Siap untuk dihidangkan.


Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.


Isnin, 9 Mei 2022

Salam Aidil Fitri 2022 M / 1443 H

 Assalamualaikum...

Selamat petang sahabat semua, semoga sihat selalu. Sedar tak sedar dah seminggu kita meninggalkan bulan Ramadhan, dah seminggu juga kita berada di bulan syawal. Alhamdulillah, bersyukur juga kali ini kita dapat merayakan Aidil fitri bersama keluarga dan sanak saudara.

   Walaupun raya kali ini kita berhari raya dalam keadaan panik, ada yang tidak sempat buat persediaan yang cukup, tapi syukur, dapat juga sambut raya dengan meriah.


Salam Aidil Fitri saya ucapkan kepada teman2 semua, mohon maaf zahir dan bathin jika selama saya berblog ini ada yang tersalah kata dalam berbiacara. Mohon dimaafkan atas segalanya.

Raya tahun ni tak ada gambar raya komplik satu keluarga kerana ada anak2 yang beraya di kampung. Tapi alhamdulillah, dapat juga beraya bersama sanak saudara setelah pulang beraya dikampung. Share jugalah serba sedikit photo kenangan raya di sini.


Photo kenangan di hari raya pertama bersama saudara sebelah suami.





Bersama sepupu yang dah lama tak bertemu.



Bergambar kenangan dirumah emak saudara di alor Setar.




Bersama ibu serta mak-mak sedara.







Bersantai beramai-ramai kat tepi laut.








Keluarga adik saya.


Mak Lang Dan Mak Njang.


Setelah balik dari Aloq Setaq, jalan-jalan sambil santai-santai di Pelantaq Santai.



Sebelum balik ke Shah Alam, hantaq anak masuk asrama dulu.


Bersama saudara sebelah suami di Sungai Bakap. Pulau Pinang.



Cerita mengenai raya Aidil Fitri tahun ni, saja je simpan kenangan disini. Kelak nanti boleh lihat kembali. Insya allah kalau ada umur panjang, Aidil Fitri tahun depan jumpa lagi.




Ni pula photo kenangan ketika open house di rumah emak saudara encik suami, bersama isteri adik ipar.

Cerita mengenai raya Aidil Fitri tahun ni, saja je simpan kenangan disini. Kelak nanti boleh lihat kembali. Insya allah kalau ada umur panjang, Aidil Fitri tahun depan jumpa lagi.

Selasa, 26 April 2022

Kuih Apam Nasi

 Assalamualaikum...

Selamat pagi sahabat semua, moga semuanya sihat2 selalu. Hari ni dah 25 hari kita menjalankan ibadah puasa. Semoga juga kita terus tingkatkan amalan kita di bulan Ramadhan ini dan mudah2an segala amal ibadah kita akan diterima oleh Allah swt.

Biasalah dibulan puasa ni tengok mood jugak nak masak, kalau time rajin tu adalah kuih untuk juadah berbuka, tapi kalau datang mood malas tu, kita beli je lah.

Lama tak buat buat apam, jadi kelmarin kita buat kuih apam nasi kebetulan nasi lebihan masih berbaki.



Resepi Kuih Apam Nasi

Bahan-bahan:

Bahan A
2 cawan nasi sejuk
1 cawan gula
1 1/2 cawan air
(blend hingga halus)

Bahan B
2 cawan tepung gandum
2 cawan tepung beras
1 peket yis
perisa dan pewarna
(satukan kesemuanya)

Bahan C
kelapa parut
sedikit garan
(digaul)

 Cara masaknya:

1. Satukan semua bahan A dan bahan B, perap hingga naik selama 3 jam.

2. Panaskan pengukus. Kukus dengan api perlahan. Jika  menggunakan acuan kecil, kukus selama 20 minit, jika menggunakan loyang, kukus selama 40 minit.

3. Apabila kuih masak, boleh dihidangkan dengan kelapa parut yang digaul dengan sedikit garam.




Ahad, 17 April 2022

Kuih Buah Melaka

Assalamualaikum...

Sedar tak sedar dah setengah bulan kita menjalankan ibadah puasa. Sekejap je masa berjalan. Apa pun saya doakan semua sahabat sihat-sihat selalu di ketika ini.

Bila bulan puasa sudah semestinya saya akan buat kuih kegemaran ni, buah melaka. Buat sendiri puas hati, bolehlah makan banyak sikit. 

Buat kuih buah melaka ni tak payah nak ikut betul2 sukatan dia, main agak-agak je bahannya pun dah jadi.


Bahan-bahan:

tepung pulut

sedikit tepung bers

gula gerek

kelapa parut

pewarna dan perisa jika suka

sedikit garam

air secukupnya untuk bancuhan tepung dan untuk merebus



Cara membuatnya:

1. bancuh tepung pulut tepung beras serta pewarna dan perisa dengan air hingga jadi adunan.

2. Rebus air hingga mendidih.

3. Gula gerek dipotong kecil-kecil.

4. Ambil sedikit adunan, dibentuk seperti lubang, masukkan gula gerek, kemudian gentel bulat-bulat. Seterusnya masukkan ke dalam air mendidih. Tunggu hingga kuih tadi timbul, barulah diangkat dan ditoskan.

5. Gaulkan kelapa parut dengan sedikit garam. Buah melaka yang ditoskan tadi masukkan kedalam parutan kelapa dan golek-golekkan supaya ia melekat di kuih tadi. Kemudian barulah diangkat dan dimasukkan ke dalam bekas.

6. Siap untuk dihidangkan.



Suka dengan rasa gula melaka lemak2 kelapa dan kenyal-kenyal tepung pulutnya.



Jumaat, 15 April 2022

Ayam Masak Kicap Style Kenduri

Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita di kali ini. Moga sahabat semua sihat selalu.

Lama dok pikir nak masak apa hari ni. Rasa nak makan masak kicap ayam style kenduri ada rasa cili serta daun kari sikit-sikit, jom tengok resepinya.

Resepi ayam kicap style kenduri

Bahan blend:

1 biji bawang besar

bawang putih

Halia

cili kering (ikut kepedasan masin-masing)

(blend bahan tersebut hingga halus)

Bahan lain:

Ayam masukkan garam dan kunyit, goreng 

  separuh masak.

minyak masak

perencah 4 sekawan, bunga lawang, 

  bunga cengkih, kulit kayu manis

sedikit air asam jawa

kicap

garam, gula, perasa

daun kari


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis kulit kayu 

   manis, bunga lawang, bunga cengkih 

   hingga naik bau. Masukkan bahan 

   yang diblender tadi, masak hingga 

   pecah minyak.

2. Masukkan kicap, kemudian masukkan 

   pula ayam. Masak dengan 

   api perlahan. Kacau sekali sekala 

   supaya tidak hangit.

3. Masukkan pula kicap serta daun kari.

4. Perasakan dengan garam, gula serta 

   perasa.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Isnin, 11 April 2022

Sup Ayam Siam

 Assalamualaikum...

Selamat malam sahabat semua, moga sihat dan bahagia selalu.

Time puasa ni rasa nak makan makanan yang bersup. Selalunya masak sup bisa je, tapi kali ni cuba buat sup style siam pula.

Sedap rupanya, rasa masam2 pedas, memang khas rasanya dengan aroma serai dan limau purut, membuatkan rasa nak bertambah nasinya. tak cukup sepinggan nasi, mesti nak tambah nasi lagi.


Bahan-bahan:

1/2 ekor ayam
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 biji bawang besar
sedikit minyak untuk menumis
1 batang serai
daun limau purut
1 batang karot
1 biji kentang
3 sdb sos ikan
cili api 
2 biji limau nipis
serbuk sup
daun ketumbar
garam serta serbuk perasa


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang 

   besar, bawang putih serta serai 

   hingga naik baunya. 

2. Masukkan ayam, kentang serta karot. 

   Biarkan sebentar, kemudian masukkan 

   air untu kuahnya.

3. Bila ayam dah masak, masukkan sos 

   ikan, daun limau purut serta cili api.

4. Akhir sekali masukkan garam, perasa 

   serta perahkan limau purut. Sebelum 

   diangkat masukkan daun ketumbar. 

   Tutupkan api, siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.