Isnin, 6 April 2026

Berbuka Puasa Sunat Syawal Hari Yang Ke 2


 Assalamualaikum...

Semalam hari Sabtu adalah hari kedua saya berpuasa sunat Syawal. Biasa kalau hari cuti, selalunya sibuk dengan macam-macam tugasan. Cuci pakaian, berkebun, kemudian kena hantar Siti Haida ke stesen KTM Rawang. Balik rumah dah kepenatan, dah tu tiada mood lah nak masak. Jadi berbuka lah kat luar. 

Kebetulan ambil si kakak balik dari kerja pukul 7 petang. Terus ke warunglah jawabnya. Warung ni terletak di simpang jalan sebelum masuk lorong ke rumah. Kedai makan ini memasak makanan thai. Order makanan ngam-ngam ja waktu berbuka.



Selalunya kalau makan di sini saya selalu makan bihun goreng je, tapi kali ni saya order nasi goreng kampung pula dengan teh O ais.

 


Tambah pula keropok lekor.



Siap  bawa buah kurma dari rumah lagi. ha.. ha..



Si kakak pula order nasi goreng USA dengan ais kosong saja. 

Makanan di warung ni memang sedaplah bagi saya. Lagi pun harganya pun berpatutan, tak lah mahal sangat.

Alhamdulillah... selesai berpuasa hari kedua.



Sabtu, 4 April 2026

Menu Berbuka Puasa Sunat Syawal Hari Pertama

 

Assalamualaikum...

Update lagi blog kesayangan ini supaya tidak selalu sepi. 

Semalam saya start puasa sunat Syawal atau puasa enam. Sebelum ni asyik tertangguh saja dari sehari ke sehari. Dah pertengahan Syawal ni, tak leh jadi kena start juga puasa. Sayang rasanya kalau kita tinggalkan puasa sunat ini.

Tengahari masak siap-siap untuk makan mereka tak berpuasa, petang tinggal panaskan saya lauk untuk berbuka.

Kebetulan Siti Haida balik dari USIM, dia pun berpuasa juga tapi dah hari yang ke enam. Dapatlah kita berbuka bersama-sama petang semalam.

Menunya pun biasa saja. 




Menu yang cepat dan mudah dimasak, ayam goreng kunyit.



Sayur lemak cabbage.


Telur dadar goreng.


Tembikai kuning.



Air sirap ais, tak letak air gula pun, hanya rasa manis dari sirap yoes tu saja, buat penghilang dahaga.


Masih Lagi Cerita Raya Di Kampung

 

Assalamualaikum...

Tak habis lagi tentang cerita beraya di kampung.

Sehari sebelum saya balik ke rawang, mak dan bapa saudara datang beraya dirumah mak. Sebelum ni jarang kami berkumpul, tapi raya kali ini seronok pula sebab kaum keluarga dapat balik kampung, berkesempatan beraya bersama.

                          

                                      

      Bersama sepupu, Nurul Nadia. Walaupun tinggal tak jauh dari Rawang, tapi jarang bertemu.


                                     

Ini juga sepupu mengikut suaminya tinggal di kuala Lipis, Pahang. Pun lama tak jumpa, lepas beliau kahwin ini baru berjumpa. Rupanya dah ada anak dua.







                               Ini isteri sepupu saya, meereka tinggal di Rompin, Pahang.




Cuaca panas-panas, dapat minum air ais, memang terasa nikmat.



                                   

Masak pulut kuning serta kari ayam untuk kenduri kesyukuran keluarga.






                                   

Juga masak sup bakso sebagai hidangan makan-makan bersama keluarga.



Serba sedikit kuih yang ada.

Rasa seronok pula raya kali ini semua keluarga dapat berkumpul.



Selasa, 31 Mac 2026

Tahniah Anakanda Nurul Ezzati

 

Assalamualaikum...

Semalam adalah hari keluarnya result SPM seluruh negara. Alhamdulillah tengok kat sosial media ramai pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu memperolehi keputusan yang cemerlang.

Saya juga nak share gambar kenangan dari sekolahnya sebagai kenang-kenangan untuk tatapan di masa akan datang tentang kejayaan  Nurul Ezzati binti Muhammad Rahimi dalam SPM 2025. Hanya dapat dilihat dari jauh saja, tak dapat hadir ke sekolahnya disebabkan tugas harian yang tak dapat dielakkan. Alang kepalang juga disebabkan baru saja balik kampung raya baru-baru ni.

Alhamdulillah bersyukur sangat atas kejayaan cemerlang yang diperolehi. Tak sangka pun sebenarnya, alhamdulillah rezeki dia. Apa yang mereka usahakan itulah yang dicapai. 




Juga berterima kasih juga kepada barisan guru-guru yang tak pernah jemu-jemu mengajar dan mendidik anak-anak murid terutama Nurul Ezzati dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6, mencurahkan ilmu mereka demi kejayaan anak-anak murid. Semoga jasa guru dibalas dengan seribu kebaikan dan segala ilmu yang dipelajari bermanfaat hingga bila-bila.




                  



Sebagai ibubapa mestilah gembira dan berbangga dengan keputusan yang diperolehi... alhamdulillah. Berkat usaha gigih mereka dan juga doa yang tak putus-putus dari ibubapa, insyaallah akan dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang.

 





Tahniah juga pelajar-pelajar lain yang seangkatan dengannya yang memperoleh keputusan cemerlang. 

Insyaallah, tahun ini Nurul Ezzati akan menduduki peperiksaan STAM pula. Doakan ya, semoga ianya akan beroleh kejayaan yang cemerlang juga dalam peperiksaan STAM di akhir tahun nanti.





Isnin, 30 Mac 2026

Beraya Ke Rumah Saudara Di Kampung

 Assalamualaikum...

Hari raya ke tiga masih lagi berada di kampung. Jadi sempatlah berhari raya ke rumah saudara mara sebelah emak.

Kebetulan emak saudara dari Rompin, Pahang pun balik beraya di Kedah. Time raya ni lah dapat berkumpul bersama kaum keluarga.

Cuaca di kampung time raya, memang panas sangat, kering kontang sebab dah lama tak hujan.


                             













Berziarah ke rumah sepupu emak di Tokai, Simpang Empat.



Ahad, 29 Mac 2026

Berhari Raya Ke Rumah Ibu Angkat


 Assalamualaikum...

Alhamdulillah... raya kali ni beraya di kampung. Jadi dapatlah berhari raya ke rumah saudara mara. Hari raya kedua kami ke rumah ibu angkat di Inabah 10 di Kuala Nerang, Kedah.




                           


                                  

Menjamu selera dengan makanan yang disediakan, nasi minyak, dalca ayam, daging masak hitam serta acar timun.



Nasi impit kuah kacang serta ketupat palas serta serunding daging.






Di Inabah mengadakan rumah terbuka untuk anak-anak Inabah dan kaum keluarga. Kami sampai pun dah pukul 3.30 petang,  jadi ramai tetamu dah balik.



Jumaat, 27 Mac 2026

Salam Aidil Fitri 2026


 Assalamualaikum...

Belum begitu terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam Aidil Fitri buat semua teman-teman blogger.




Raya kali ini saya berkesempatan beraya dikampung. Jadi biasalah kalau dah balik kampung, lambat lah nak update blog. Baru semalam kami baru sampai balik dari kampung.




Hanya kami berlima sahaja yang balik beraya di kampung. Si abang, Zohar Sathori pun tak dapat juga balik beraya di kampung.




Si kakak Khairiyah tak dapat balik kampung beraya, kerana kerja. Hanya dapat cuti dua hari saja. Jadi dia beraya di rumah seorang.


                              




           Adik bersama keluarganya.






Tak banyak sangat gambar kenangan di hari raya yang pertama.

Sempena hari Raya ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan bathin kepada semua teman-teman blogger di dunia maya yang mengenali diri ini. Sekiranya ada salah dan silap ketika berbicara, saya mohon beribu kemaafan.