Sabtu, 19 Mei 2012

love wall hanging

    
         Assalamualaikum wrh wbr.....

         Bertemu kembali teman-teman semua. Entri kali ini saya nak share lah dengan anda tentang love wall hanging yang saya hasilkan. Tapi belum siap sepenuhnya. Inilah hasilnya.....

Rabu, 16 Mei 2012

Selamat Hari Guru

    
            Assalamualaikum wrh wbr......


        Bersua kembali bertemu teman-teman semua. Semoga semuanya dalam keadaan sihat sejahtera. Hari ini adalah Hari Guru bagi mereka-mereka yang bergelar guru. Guru adalah seorang insan yang amat penting dalam kehidupan kita.  Tanpa guru siapalah kita. Guru juga mendidik anak bangsa kita agar dapat melahirkan generasi cerdik pandai yang akhirnya akan dapat membantu membangunkan sebuah negara.

       Bersempena dengan hari guru ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU kepada semua guru-guru di Malaysia, khasnya kepada guru-guru saya yang telah banyak berjasa mengajar serta mendidik diri ini tanpa rasa jemu.
 Sebuah sajak utk guru yang bertajuk 

     GURU PENDIDIK JIWA.



    Wahai guruku, mulianya hatimu
    mengajar mendidikku selalu
    Tanpa kenal penat dan jemu
    moga tuhan meredhaimu.


    Ya Allah peliharalah guruku
    agar terus berada dalam rahmatmu
    Agar terhindar dari tipuan dunia
    yang sentiasa menipu manusia.


    Ampunkanlah wahai guruku
    kesilapan anak muridmu
    Ku serahkan jiwa ragaku
    agar terdidik nafsu liarku.


    Dengan izin Allah ya Rabbi
    engkaulah guru sejati
    Engkau pendidik yang benar murni
    moga tuhan sentiasa merahmati.


Jumaat, 13 April 2012

Jalan-jalan ke Frazer's Hill

          
          Assalamualaikum wrh.... wbr..... 

     Cuti yang lepas, saya dan keluarga sempat jalan-jalan ke Bukit Frazer. Sebenarnya saya dan suami ni, memang kaki jalan. Pantang ada peluang sikit mesti ambil kesempatan bawa anak-anak jalan-jalan.


     Best juga naik Bukit Frazer, udaranya sejuk macam kat Cameron Highland. Suka tengok reka bentuk bangunannya yang ala-ala english gitu.

     Inilah menara jam yang menjadi mercu tanda Bukit Frazer.









          Bergambar berlatar belakang kan air terjun. Tapi airnya terlalu keruh kerana baru lepas hujan.

 

Isnin, 2 April 2012

Sulam reben bunga

         
          Assalamualaikum wrh wbr ....

          Entri kali ini, saya hasilkan sulam reben bunga. Bila tengok hasil sulaman orang lain yang cantik-cantik, maka tangan saya pun gatallah nak menyulam . Tapi hasilnya entah lah....
           Walau apa pun layan je....lah gambarnya....




Jalan-jalan ke Kuala Gandah, Pahang.

     
               Assalamualaikum wrh wbr......

    Salam sejahtera kepada semua. Semoga anda ceria selalu. Entri kali ini, saya nak ceritalah sedikit tentang percutian yang lalu. Saya sekeluarga berkesempatan membawa anak-anak jalan-jalan ke Jabatan Perhilitan Hutan Kuala Gandah yang terletak di negeri Pahang.Kalau nak tahu, disitulah letaknya tempat pemeliharaan gajah. Pada asalnya gajah yang dipelihara itu sebenarnya adalah gajah liar, kemudian ditangkap dan dijinakkan.


     Saya sekeluarga pergi ke sana bersama rombongan kelab kereta OPZON. Kami berkesempatanlah melihat serta bermesra dengan beberapa ekor gajah yan ada di situ.

     Biasanya kalau di zoo, kita hanya dapat lihat gajah dari jauh sahaja. Tetapi di jabatan perhilitan tersebut, kita dapatlah pegang-pegang, beri makan gajah bahkan dapat menunggang gajah. Pengalaman tersebut memang tak dapat dilupakan. Lihatlah gambar yg sempat diambil sewaktu berada di sana....








                   Kami juga berkesempatan melawat 
pusat penternakan rusa yang tidak jauh dari situ.




          
          Selain rusa, ada juga binatang lain, tapi tak banyaklah seperti di zoo.  Ada beberapa jenis burung di dalam sangkar, ayam belanda, ular sawa dan sebagainya. Teman-teman semua, sekiramya tidak tahu kemana-mana bolehlah membawa anak-anak datang di musim cuti persekolahan .



Rabu, 28 Mac 2012

Sulam reben bunga daisy

         
          Assalamualaikum wrh wbr.....

           Salam sejahtera, semoga semuanya berada dlm keceriaan selalu. 
           Sudah agak lama juga saya tak mengapdate blog ini. Entri kali ni, saya nak share lah sulam reben bunga daisy dgn kawan-kawan semua.





                 Sulaman reben bunga daisy yg saya hasilkan ini berwarna putih. Sebenarnya, bunga daisy punyai bermacam-macam warna. Ada yg berwarna merah, ungu, kuning dan sebagainya.


Ahad, 12 Februari 2012

Sulaman reben bunga

           
          Assalamualaikum wrh wbr.....

       Salam sejahtera semua.

        Dah lama juga saya tak mengapdate my blog. Kali ini saya hasilkan sulaman bunga reben yang berwarna merah dan tak tahu bunga apakah ini. Apa-apa pun tengok je...lah.