Rabu, 2 November 2011

Pokok hiasan

     Assalamualaikum wrh... wbr....
             
            Salam sejahtera kpd semua yg sudi menjengah ke blog ini. Dah lama juga saya tidak mengupdate blog.  Andai kata kalau dalam rumah tu, dah berhabuk dan bersawang nampaknya.

     Selain dari berkraf saya juga suka menanam pokok terutamanya pokok bunga. Tapi tak de lah byk pokoknya macam kat nursery, sikit-sikit tu ada lah. Kali ni saya nak share lah dgn kawan2 menanam pokok hiasan ini dlm bekas yg comei seperti ini. Sebenarnya bekas ini bukannya saya beli , tapi bekas terpakai.






      Oleh krn sayang hendak dibuang, maka saya kumpulkan. Bila bekas ni dah banyak, maka timbullah idea hendak menanam pokok hiasan seperti ini. Tapi sebelum menanam pokok, mestilah ditebuk di bawahnya terlebih dahulu supaya boleh mengalirkan air apabila disiram. Nampak cantik juga ,bila diletakkan di dalam rumah. Baru lah sejuk mata memandang.....

      Bersempena dgn sambutan Aidil Adha yg akan bakal tiba dua tiga hari lagi, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Adha kpd kengkawan yang beragama Islam. Semoga segala amal ibadah kita akan diterima oleh Allah swt....Amiiiin.


Rabu, 14 September 2011

Mini alas meja


Assalamualaikum wrh wbr....

Salam mesra dari saya untuk teman-teman semua.



           
             Ini pula, saya hasilkan mini alas meja. Bunganya masih lagi menggunakan bunga crochet, daunnya menggunakan sulaman benang. Ditambah pula dengan sedikit manik. Nampak okeylah jugak.
     Terima kasih kepada sesiapa yang sudi menjengah ke blog saya ini. Sempena kita masih berada di bulan syawal ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan bathin.




Kain Alas Meja


Assalamualaikum wrh wbr....

Ini pula hasil kerja tangan saya mengenai sulaman benang di gabungkan dengan bunga crochet.




    
           Dah lama juga saya tak apdate blog ni. Bulan puasa sibuk dgn membuat kuih untuk jualan bazar ramadhan. Sampai tak sempat nak melayari internet. Alhamdulillah, hasilnya lumayan jugalah. Bolehlah menampung perbelanjaan untuk persiapan hari raya.
           Sulaman benang ini juga saya hasilkan untuk membuat kain alas meja. Kemudian ditambah pula dengan sedikit manik untuk kelihatan lebih menarik. Di bahagian tepi kain, saya jahitkan  dengan menggunakan benang yang berwarna agar lebih menyerlah.




Jumaat, 15 Julai 2011

Sulam benang


Assalamualaikum wrh... wbr...





        Entri kali ini saya nak share lah dgn kengkawan tentang sulaman ini. Sebenarnya saya buatkan sulaman ni saja-saja je... Nak letak perkataan ruangnya terlalu kecil. So... jamu mata ajelah.....




Selasa, 14 Jun 2011

Sulaman reben 'Assalamualaikum'


Assalamualaikum wrh wbr.....

Entri kali ini saya nak share mengenai signate sulaman reben"Assalamualaikum" yang saya hasilkan suatu ketika dahulu.





Signate sulaman reben ini sesuai kita gantungkan kat pintu rumah.


Isnin, 6 Jun 2011

Sulaman reben - Wall hanging ' Welcome'

        
          Assalamualikum wrh wbr....

         Ini pula signate "WELCOME" yang saya hasilkan untuk teman saya. Semoga dia berpuas hati dengan pemberian saya yang tak seberapa ini.




Rabu, 1 Jun 2011

Sulaman reben - gambar ros

        Assalamualaikum wrh wbr.....
           
             Salam kawan-kawan semua. Kali ni saya perlihatkan hasil kerja tangan saya iaitu sulaman reben bunga ros. Oleh kerana melihatkan frame gambar masih kosong, maka lahirlah idea nak framekan hasil sulaman ini.