Rabu, 16 September 2026

Selamat Menyambut Hari Malaysia

 

Assalamualaikum...

Selamat petang dan selamat menyambut hari Malaysia diucapkan kepada kawan-kawan semua, moga sihat dan ceria selalu.




Hari ni sekolah cuti, nak tak nak kena keluar jugak sebab kena hantar si kakak kerja hari ni. Lepas hantar dia gi kerja lepak kejap kat kedai mamak pekena kuih putu mayam dengan samosa. Jarang sebenarnya jumpa kuih ni. Kuih ni memang kesukaan saya.



Balik rumah lihat pokok yang ditanam sambil menyiram supaya pokok tak terus kering. Jom tengok pokok ulaman yang saya tanam kat tepi dapur.


Pokok ginseng jawa.



Pokok ajinomoto.



Pokok ulam raja.




Pokok daun kesum.


Pokok daun beluntas.




Pokok daun kaduk. 

Itulah pokok-pokok yang saya tanam. Sekali sekala kalau nak makan ulam tinggal kutip ja kat belakang dapur.

Habis nyiram pokok barulah masak. Hari ni cuti, relax lah sikit.
Menu tengahari ni, ayam masak kari, rebusan pucuk ajinomoto yang dikutip dibelakang dapur dan juga sambal belacan.


                    


                               





Alhamdulillah... rezeki hari ni. Selamat bercuti juga buat kawan-kawan yang bercuti hari ini.



Jumaat, 4 September 2026

Kegiatan Semalam Tanam Kembali Pokok Bunga

 

Assalamualaikum...

Masih lagi dalam mood cuti, lusa dah start bekerja. Ini kegiatan semalam, manfaatkan masa yang ada dengan menanam kembali bunga2 yang ada. 

Ingat kat tempat baru ni dah tak nak tanam menanam lagi. Tapi bila hobi ni, tak puas hati kalau tak menanam. Jadi tanamlah apa yang ada.

Kat rumah baru ni, kawasannya memang teduh. Kurang ada cahaya matahari, Jadi kita tanam bunga2 indoor plant sahaja lah buat penyeri laman.





Keluarkan tanah-tanah dari pokok yang lama, tambah skam padi, tambah baja tahi ayam serta tanah baru yang dibeli dari kedai.


Mudah-mudahan bertambah segarlah bunga selepas ini.









Inilah sebahagian pokok-pokok bunga yang dah ditanam semula. Insyaallah hari sambung lagi kerja semalam, masih ada lagi bunga yang perlu ditanam semula.



Lepak Santai Bersama Group Ngaji Di Noreh Ngopi

 

Assalamualaikum...

Salam Jumaat saya ucapkan kepada sahabat semua. Cepatnya masa berjalan, tau-tau dah hampir habis cuti penggal seminggu. Tinggal 2 hari lagi akan bersekolah semula.

Sebelum cuti tempohari group ngaji kami mengadakan gader-gader klas ngaji di Cafe Noreh & Ngopi Ore Kampung bertempat di Tasik Puteri. 

Best juga sekali sekala dapat meluangkan masa lepak santai bersama mereka.



Cantik cafenya dihiasi dengan barangan hiasan ala-ala kampung. Makanannya pun sedap-sedap belaka.

















Makanan yang saya order.  Mulanya nak order nasi goreng bunga kantan, tapi tak ada lah pulak. Maka saya order laksa johor saja.






\





Suka dengan hiasannya, macam-macam jenis barangan lama, berada di sana terasa seolah-olah kita berada di rumah kampung.











Sebelum balik ambil gambar beramai-ramai dulu kat depan cafe.



Rabu, 2 September 2026

Menu Sarapan Dan Lunch Hari Ni.

 

Assalamualaikum...

Lama tak update masak-memasak. Time cuti sekolah ni dapatlah relax sikit. Cuti penggal kali ni saya dan keluarga tak kemana-mana pun. Tunggu cuti hujung tahun nanti baru balik kampung. Duduk rumah je kemas apa yang patut. Lagi pun baru je habis pindah rumah.



 

Pepagi tadi masak nasi goreng sambal belacan. Pagi ni makan nasi goreng dengan teh O panas. Makan berat sikit pagi ni, sebab nak berkebun, menanam pokok bunga.

Tak ada kerja nak buat cuti-cuti ni, maka tanam semula bunga-bunga yang dah kurang cantik. Tukar pasu yang baru, disebabkan pokok bunga di dalam pasu dah terlalu padat.

Habis je berkebun, masuk bersilat pulak kat dapur. Maka terhasillah menu masakan untuk hari ni.



Masak lemak ayam bersama kentang, memang kesukaan anak-anak.



Goreng telur dadar je hari ni.



Ulam pucuk mengkudu rebus serta daun salad.




Tak lupa juga sambal belacan.



Kebetulan ada tembikai kuning. Panas-panas ni, dapat makan buah tembikai sejuk-sejuk, baru terasa segar.



Selasa, 1 September 2026

Giveaway Wedding Anniversary SA & Suami Yang Ke 3 Tahun

 

Assalamualaikum...

Blogwalking ke blog kawan-kawan, tetiba terjumpa giveaway dari SA sempena anniversary perkahwinannya yang ke 3. Apalagi joinlah...




Syaratnya pun mudah saja, bolehlah kawan-kawan ikut join juga.

Nak tahu syaratnya boleh klik kat SINI.

Saya doakan semoga bahtera rumahtangga SA dan suaminya diberkati Allah, kekal berpanjangan hingga ke akhir hayat, serta menjadi sebuah keluarga yang sakinah mawaddah warahmah.



Isnin, 31 Ogos 2026

Berdating Dengan Si Kakak

 

Assalamualaikum...

Petang semalam ambil si kakak balik dari kerja, sebelum balik katanya lapar sangat. Jadi kami singgahlah kat kedai makan berdekatan yaitu Anjung Jaya, di Bandar Country Homes. Kedai makan masakan thai.



Kebetulan time kami pergi masih awal lagi, selepas maghrib jadi tak ramai lagi pengunjung yang datang. Makanan yang diorder pun cepat je sampai. Tak payah nak tunggu lama-lama.









Si kakak dengan nasi ayam padpriknya.








Biasanya kalau kekedai tomyam saya lebih suka makan bihun goreng. Makanannya pula bagi saya memang sedaplah. Boleh lah datang lagi.