Ahad, 11 Julai 2021

Makanan Diet Intake Julai Minggu Per 1

 Assalamualaikum...

Apa khabar sahabat semua, moga sihat sejahtera semuanya. Selamat berhujung minggu.

Kali ini saya nak bercerita tentang pragram diet yang saya sertai, satu langkah untuk penurunan berat badan. Memandangkan usia dah semakin berusia perlulah kita menjaga pemakanan kita agar memperoleh kesihatan yang baik.

Memandangkan saya mempunyai penyakit darah tinggi, jadi saya perlu berusaha menurunkan berat badan supaya lebih sihat dan cergas selepas ini.

Sebenarnya saya dah start diet untuk penurunan berat badan pada hari Selasa baru2 ini. Hari ni merupakan hari yang ke enam. Alhamdulillah nampaknya selama 4 hari yang lepas saya berjaya menurunkan berat sebanyak 3.3 kg. Rasa macam tak percaya pula, tapi berkat usaha saya yang kuat, dengan minum air yang banyak, follow meal plant yang diberi oleh coach serta exercise 30 minit setiap pagi, nampaknya saya berhasil menurunkan berat badan walaupun sedikit.

Di sini saya sharekan pic makanan sihat yang saya makan di minggu pertama dlm program diet saya.

Hari per 1 ( Ayam sumbat popeye + mashed sweet potato)



Hari ke 2 (Maggi kari Seafood)



Hari ke 3 (Ikan cencaru sumbat+ salad timun tomato)


Hari ke 4 (Spring rolled egg)



Hari ke 5  (Ikan kerisi bakar berkari mamak + beras perang + ulam-ulaman)


Hari ke 6 ( Soft tofu + brokoli)




Inilah menu yang saya makan ketika minggu pertama diet. Dan inilah hasil timbangan saya.


Doakan saya mudah-mudahan berat badan saya akan turun lebih banyak lagi selepas ini serta doakan semoga saya lebih bersemangat lagi menjalani pragram diet ini.




2 ulasan:

  1. Moga dapat teruskan usaha yang baik ini. In syaa Allah dapat turunkan hingga berat badan ideal.

    BalasPadam