Selasa, 31 Mac 2026

Tahniah Anakanda Nurul Ezzati

 

Assalamualaikum...

Semalam adalah hari keluarnya result SPM seluruh negara. Alhamdulillah tengok kat sosial media ramai pelajar yang mengambil peperiksaan SPM tahun lalu memperolehi keputusan yang cemerlang.

Saya juga nak share gambar kenangan dari sekolahnya sebagai kenang-kenangan untuk tatapan di masa akan datang tentang kejayaan  Nurul Ezzati binti Muhammad Rahimi dalam SPM 2025. Hanya dapat dilihat dari jauh saja, tak dapat hadir ke sekolahnya disebabkan tugas harian yang tak dapat dielakkan. Alang kepalang juga disebabkan baru saja balik kampung raya baru-baru ni.

Alhamdulillah bersyukur sangat atas kejayaan cemerlang yang diperolehi. Tak sangka pun sebenarnya, alhamdulillah rezeki dia. Apa yang mereka usahakan itulah yang dicapai. 




Juga berterima kasih juga kepada barisan guru-guru yang tak pernah jemu-jemu mengajar dan mendidik anak-anak murid terutama Nurul Ezzati dari tingkatan 1 hingga ke tingkatan 6, mencurahkan ilmu mereka demi kejayaan anak-anak murid. Semoga jasa guru dibalas dengan seribu kebaikan dan segala ilmu yang dipelajari bermanfaat hingga bila-bila.




                  



Sebagai ibubapa mestilah gembira dan berbangga dengan keputusan yang diperolehi... alhamdulillah. Berkat usaha gigih mereka dan juga doa yang tak putus-putus dari ibubapa, insyaallah akan dapat menghasilkan keputusan yang cemerlang.

 





Tahniah juga pelajar-pelajar lain yang seangkatan dengannya yang memperoleh keputusan cemerlang. 

Insyaallah, tahun ini Nurul Ezzati akan menduduki peperiksaan STAM pula. Doakan ya, semoga ianya akan beroleh kejayaan yang cemerlang juga dalam peperiksaan STAM di akhir tahun nanti.





Isnin, 30 Mac 2026

Beraya Ke Rumah Saudara Di Kampung

 Assalamualaikum...

Hari raya ke tiga masih lagi berada di kampung. Jadi sempatlah berhari raya ke rumah saudara mara sebelah emak.

Kebetulan emak saudara dari Rompin, Pahang pun balik beraya di Kedah. Time raya ni lah dapat berkumpul bersama kaum keluarga.

Cuaca di kampung time raya, memang panas sangat, kering kontang sebab dah lama tak hujan.


                             













Berziarah ke rumah sepupu emak di Tokai, Simpang Empat.



Ahad, 29 Mac 2026

Berhari Raya Ke Rumah Ibu Angkat


 Assalamualaikum...

Alhamdulillah... raya kali ni beraya di kampung. Jadi dapatlah berhari raya ke rumah saudara mara. Hari raya kedua kami ke rumah ibu angkat di Inabah 10 di Kuala Nerang, Kedah.




                           


                                  

Menjamu selera dengan makanan yang disediakan, nasi minyak, dalca ayam, daging masak hitam serta acar timun.



Nasi impit kuah kacang serta ketupat palas serta serunding daging.






Di Inabah mengadakan rumah terbuka untuk anak-anak Inabah dan kaum keluarga. Kami sampai pun dah pukul 3.30 petang,  jadi ramai tetamu dah balik.



Jumaat, 27 Mac 2026

Salam Aidil Fitri 2026


 Assalamualaikum...

Belum begitu terlambat lagi untuk saya mengucapkan salam Aidil Fitri buat semua teman-teman blogger.




Raya kali ini saya berkesempatan beraya dikampung. Jadi biasalah kalau dah balik kampung, lambat lah nak update blog. Baru semalam kami baru sampai balik dari kampung.




                              




           Adik bersama keluarganya.






Tak banyak sangat gambar kenangan di hari raya yang pertama.

Sempena hari Raya ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, mohon maaf zahir dan bathin kepada semua teman-teman blogger di dunia maya yang mengenali diri ini. Sekiranya ada salah dan silap ketika berbicara, saya mohon beribu kemaafan.



Jumaat, 27 Februari 2026

Menu Berbuka Puasa Semalam

 

Assalamualaikum...

Cepatnya masa berlalu hari ni kita berpuasa dah masuk minggu ke dua dah. Terasa baru saja kita start puasa.

Kat tempat saya setiap petang hujan turun, jadi taklah terlalu panas sangat.



Asyik masak ayam je, kali ni masak ikan pula.


Kebetulan ada dijual pucuk selom kat pasar, jadi belilah satu ikat. Saya buat kerabu pucuk selom.

Mudah saja cara buat kerabu pucuk selom. 

Hiris pucuk selom kecil-kecil, kemudian hiris juga bawang besar. Tumbuk cili merah, cili api, belacan serta garam. Kemudian saya masukkan juga ikan bilis goreng, juga sedikit kelapa parut.

Gaul semua bahan, tambah juga perahan limau nipis, gula serta sedikit perasa. Kemudian gaul sehingga bercampur rata, siap untuk dihidangkan.


Ikan pula dimasak asam rebus bersama kacang bendi.



Ikan goreng.


Terajin pula buat cucuq sayur. Dapatlah dimakan ketika berbuka.



Kebetulan juga ada cincau, jadi saya buat air susu cincau ais.


Isnin, 23 Februari 2026

Cerita Di Kampung Lagi

 

Assalamualaikum...

Sewaktu cuti bulan 12 itu hari, sawah sedang dibajak. Tapi waktu balik kali ni, pokok padi dah tumbuh. Jadi nampaklah kehijauan sawah bendang.

Ini suasana kat belakang rumah orang tua.







Anak-anak pun suka berjalan kat batas bendang.


Jom tengok apa yang ditanam oleh ibu dan adik ipar saya pulak di sekeliling rumah. Adik ipar saya juga memang suka menanam pokok sayur.


Ada pokok  betik.



Pokok cili besar yang sedang masak buahnya.


Pokok terung, dah berkali-kali ambil buahnya.


Pokok ulam pucuk selom.




Pokok terung lagi.


Pokok jangguih, pokok yang susah nak cari sekarang. Walaupun masih kecil dah pernah berbuah. Selalu juga dapat makan pucuknya.



Pokok kacang bendi.

Ini pula suasana kat depan rumah orang tua. Ada terusan atau sungai buatan. Memang sungai ini dalam juga airnya. Airnya disalurkan ke sawah-sawah disekitarnya.


                                           

Nampak kemas jadinya bila rumput-rumput di tepi sungai ditebas.










Petang-petang suka jalan-jalan di ban sungai ni. Ada juga mereka yang suka berjogging atau mengayuh basikal.