Ahad, 1 Mac 2015

Majlis Akad Nikah Anak Saudara


      Assalamualaikum wrh... wbr...

      Bersua lagi dientri kali, semoga teman-teman semua berbahagia selalu di samping keluarga tercinta.Hari Sabtu kelmarin telah berlangsungnya majlis akad nikah anak saudara sebelah suami, anak kepada abangnya. Anak saudaranya telah bertemu jodoh dengan orang Banting, Selangor. Alhamdulillah, majlis telah berlangsung seperti apa yang telah dirancangkan.

     Pasangan pengantin Mohd Syuib Bin Mohd Rosli dan Diana. Majlis akad nikah tersebut diadakan di rumah pengantin perempuan di Jalan Kurau, Banting, Selangor.



            Dengan sekali lafaz sahaja mereka sah bergelar suami isteri.



     Saudara mara sebelah pihak pengantin lelaki dan perempuan.



        Pengantin lelaki menyerahkan wang maskahwin beserta wang hantaran kepada pengantin perempuan.


       Barangan hantaran dari pihak pengantin perempuan bekasnya yang berwarna hijau manakala hantaran dari pihak pengantin lelaki bekasnya yang berwarna peach.

Pasangan pengantin bergambar bersama kedua orang tuanya.




Pengantin bergambar bersama keluarga abang ipar.


Sempat juga bergambar bersama pasangan pengantin.



Pengantin bergambar bersama keluarga pihak pengantin lelaki.

Selamat pengantin baru diucapkan kepada Mohd.Syuib bin Mohd. Rosli bersama pasangannya Diana, semoga pasangan ini akan terus kekal bahagia hingga ke Jannah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan