Khamis, 14 Mac 2013

Mini GA Sempena 2nd Anniversary

     

             Assalamualaikum wrh... wbr...



     Sekali lagi teringin nak menyertai Mini Giveaway yang dianjurkan oleh Nazirah. Sekiranya ada teman-teman yang ingin menyertai klik kat banner tu ye....

Syarat-syratnya:

1. Kenalah follow blog penganjur.
2. Buat entry mengenai Mini Giveaway 
    Sempena 2nd Anniversary.
3. Kenalah cerita mengenai kenangan manis 
    dengan orang yang tersayang tak kiralah
    suami, isteri, bf, gf, family dsbnya.
4. Wajib Follow sponsor-sponsornya.
5. Tinggalkan link kat kotak komen penganjur.

Tarikh tutup penyertaan :17 March 2013.


       Bercerita mengenai kenangan manis tu, memang banyaklah. Ini merupakan satu

kenangan yang sangat terkesan di dalam diri saya bersama encik hubby. Saya ini boleh dikategorikan sebagai  kahwin paksa oleh orang tua. Di zaman serba moden ini saya rasa dah tak ada lagi perkahwinan secara paksaan.

      Bermula ceritanya sedang saya tengah buat persiapan untuk melanjutkan pelajaran ke Indonesia, tiba-tiba pula seorang mamat ni (my hubby) yang dah setahun belajar kat sana pulang hendak berkahwin . Tapi belum mempunyai calon isteri. Cari punya cari, tapi tak juga ditemui. Tiba-tiba dicadangkan oleh bapa angkatnya supaya melamar saya (yg
kebetulan pun hendak ke sana). Jadi emak saya pun sangat2lah bersetuju  sbb biasalah orang tua memang mengkhuatiri keselamatan diri kita. Sekurang-kurangnya kalau kita dah kahwin, taklah dia risau sangat.

      Ketika itu, saya memang belum pun mahu berkahwin kerana belum bersedia dan dah pun punyai pilihan hati. Saya tetap menolak walaupun beberapa kali dipujuk oleh emak dan saudara mara saya. Sehinggalah suatu hari emak memarahi mengatakan saya ni degil, keras kepala, tak nak dengar cakap orang tua dan macam2 lagi diungkitnya. Waktu itu fikiran saya jadi buntu, tak tahu nak buat apa lagi. Nak kahwin hati tak suka, tak ikut cakap orang tua, kita ni dikatakan menderhaka pula. So, saya cuba solat sunat istikharah agar mendapat petunjuk dari Allah swt serta apa keputusan yang akan diambil oleh saya akan diberkati Allah.

      Emak saya memang benar-benar marah dgn saya sehinggakan dia tak nak bercakap langsung dgn saya. Mukanya masam mencuka je.  Saya jadi serba salah. Selepas difikir2 saya pun cakaplah (sambil menangis) " Dah nak sangat suruh kawin, suka hati lah".  Terus muka emak yg tadinya masam mencuka terus jadi senyum. Masyaallah sampai begitu sekali.

      Selepas daripada itu barulah urusan menyenai pekahwinan pun bermula. Alhamdulillah segala urusan menjadi lancar sehinggalah ke hari kenduri. Kenduri pun dibuat ala kadar je, tanpa persiapan yang secukupnya.

      3 hari selepas kenduri teruslah berangkat ke Indonesia. Disana bermulah kehidupan sebagai isteri dan mahasiswa. Proses kenal mengenal pun memerlukan masa juga. Lain lah kalau belum kawin dah kenal. Segala kepayahan dan kesukaran dilalui bersama. sehinggalah saya disahkan oleh doktor menghidapi ekspendiks cronik yang memerlukan pembedahan. Dari situ lah saya rasa saya sangat2 memerlukan seorang teman hidup yang boleh menerima segala kekurangan atau kelebihan pada diri saya dan sanggup berada di samping saya ketika itu. Bayangkanlah sekiranya saya belum berkahwin ketika itu, tak tahu lah apa akan terjadi. Dah lah berada di tempat orang lagi, pula jauh dari keluarga.  Sesuatu kejadian atau peristiwa itu berlaku, pasti punyai hikmah tersendiri yang kita tidak tahu.

     Saya rasa kenangan ini yang pada awalnya pahit akhirnya menjadi satu kenangan yang begitu manis pada diri saya dan tak dapat saya lupakan sampai bila-bila.



5 ulasan:

  1. tq join..rajin2 jenguk kenangan manis blogger lain kat sini,

    http://nazirahnyerr.blogspot.com/2013/02/senarai-peserta-mini-ga-sempena-2nd.html

    akan d update setiap malam..;-)

    ala...habis kat situ ja ka? hihi, bukan apa ralit ja baca cerita ni, dah macam cerita novel,hihi.. boleh buat cerpen ni..;-)

    BalasPadam
  2. akak lupa nak cakap pembetulan tarikh tamat 17 mac bukan 13...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sorry Nazirah.... tersalah pula. Nanti akak betulkan.

      Padam
  3. wah..ada sesuatu yang Allah dah janjikan untuk kita kan akak..
    cik yaya singgah sini dari segmen sama
    http://misteriomuchacha.blogspot.com/2013/03/mini-ga-sempena-2nd-anniversary.html

    BalasPadam
  4. hye sis Diela, kite dh follow, tp dr segmen yg sblum ni, ape pn akak memang tabah :)

    BalasPadam