Ahad, 3 Disember 2017
Roti Jala Kuah Durian
Assalamualaikum...
Selamat tengahari dan selamat bekerja kepada teman2 yang sedang bekerja di ketika ini, semoga anda semua ceria2 selalu hendaknya.
Hari ni saya buatkan roti jala pandan untuk sarapan pagi ni. Memandangkan lebihan durian hari tu masih lagi berbaki, saya simpan kat dalam freezer, jadi ianya tahan lebih lama. Buka je peti ais... semerbak harum bau durian. Mana boleh tahan. So saya masakkan serawa durian. Boleh juga dimakan bersama roti gardenia atau roti jala.
Jadi disini Saya masih lagi menggunakan resepi dari Che Mat Gebu. Memandangkan kejadian rotinya menjadi dengan cantik dan lembut, rasanya pun sedap. Cuma saya tukarkan pewarna kuning kepada pewarna hijau dan ditambah pula dengan sedikit paste pandan. Jom tengok resepinya...
Resepi roti Jala Pandan
Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1/2 sdt baking powder (tak letak pun takpa)
1 1/2 cawan air
1 cawan susu segar (boleh guna air atau santan)
3-4 titik pewarna hijau
sedikit paste pandan
4 sdb mentega (dicairkan serta disejukkan)
1 biji telur
garam secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Satukan tepung dan baking powder dan ayak
ke dalam bekas, kacau rata dan buat lubang
ditengah tepung. Masukkan telur yang
dipukul sedikit dan kacau rata.
2. Tuang susu dan kacau perlahan. Tambah air
dan kacau lagi hingga licin dan tidak
berbintil2. Masukkan mentega cair, pewarna
kuning serta garam secukup rasa. Kacau
rata dengan whisk, kacau adunan dan
tapiskan.
3. Panaskan non stick pan, kacau bancuhan
roti jala dan masukkan ke dalam acuan.
Kemudian kirai diatas kuali tadi,
pastikan ianya bercantum antara satu
sama lain. Gunakan api yang sederhana.
Bila roti jala nampak pucat, bolehlah
anda lipat atau gulung. Buat kaedah
yg sama untuk baki adunan hingga siap.
Resepi Serawa Durian
Bahan-bahan:
sebiji durian (ambil isinya)
3 helai daun pandan
1 1/2 ketul gula kabung (saya tak guna gula
putih)
2 cawan santan pekat
1 cawan air
sedikit garam
Cara memasaknya:
1. Cairkan gula melaka dgn air, masukkan
juga sehelai daun pandan yang disimpul.
Tapis dan masukkan je dalam periuk.
2. Masukkan juga santan pekat.
3. Masukkan daun pandan dan isi durian, tak
payah keluarkan bijinya.
4. Kacau kuah hingga pekat dan sebati, kacau
selalu supaya santan tidak pecah.
5. Rasakan kuahnya. Jika dah secukup rasa,
bolehlah diangkat.
* Kuah duria @ serawa durian ini boleh juga
dimakan bersama pulut, roti gardenia atau
roti jala.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan