Jumaat, 8 Disember 2017

Kari Ayam Kapitan


           Assalamualaikum...

      Selamat petang... semoga hari ini lebih baik dari semalam. Hari ini saya entrikan mengenai kari ayam kapitan, memandangkan anak2 semuanya suka ayam, bosan selalu masak kicap, goreng letak garam kunyit je... Jadi,  kali ini saya cuba masakkan kari ayam kapitan pula. Sukanya anak2, ada yang makan nasi berulang kali. Kalau anak-anak cakap sedap, kira ok lah tu. Bolehlah dimasak selalu.

      Saya cuba dari resepi Singgahsana Kitchen, cuma saya tambahkan ubi kentang. Terima kasih Iza Akma resepinya ini... izinkan saya letakkan resepinya di sini pula ya...



Resepi Kari Ayam Kapitan

Bahan-bahan:
1 kilo ayam
1 sdk serbuk kunyit
1 sdk garam halus
2 cawan pati santan
3 helai daun limau purut
1 sdb gula merah
1 sdb jus limau nipis
2 biji kentang (di belah2)
minyak utk menumis dan menggoreng

Bahan kisar:
20 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih 
1 inci halia
1 inci lengkuas
1/2 inci kunyit hidup
2 biji buah keras
2 batang serai
6 biji cili merah
8 tangkai cili kering
sedikit belacan

Hiasan:
bawang goreng
daun pudina (tak letak)



Cara memasaknya:

1. Gaulkan ayam dengan serbuk kunyit dan
   garam halus, perap selama 4 jam (saya 
   pun tak perap lama sbb nak cepat).
   Kemudian goreng separuh masak.
2. Panaskan kuali, masukkan sdikit minyak 
   dan tumis bahan kisar tadi hingga naik 
   bau dan kekuningan.
3. Kemudian masukkan ayam yang digoreng
   tadi serta kentang, biarkan selama 6-7 
   minit.
4. Masukkan pula pati santan, daun limau 
   purut, gula merahs serta jus limau nipis. 
   Kacau dan biarkan sehingga kentang empuk.
5. Apabila sudah masak, angkat dan taburkan
   dengan bawang goreng serta daun pudina.


Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan