Selasa, 9 Disember 2025

Membawa Anak-Anak Sri Khaira Lawatan ke KLCC


 Assalamualaikum...

Selamat tengahari sahabat semua. Setelah minggu kelmarin tak sihat, jadi tak sempat nak update blog kesayangan saya.

Ini cerita semalam hari Selasa 9-12-2025, bawa anak-anak Tadika dan Sekolah Sri Khairaa buat lawatan ke KLCC yaitu ke Petrosains dan ke Aquaria KLCC. Seharian sibuk dengan kegiatan dari pagi sampai ke petang. Alhamdulillah hari ini diberi cuti oleh pengetua sekolah sempena lawatan semalam. Jadi dapatlah berehat hari ini.

Simpan kenangan photo-photo kenangan bersama anak-anak SRI Khairaa di sini.


Bergambar beramai-ramai berlatar belakangkan bangunan berkembar KLCC.


Ini pula bergambar di pintu sebelum keluar dari Petrosains KLCC.






Ini pula menunggu sebelum masuk ke Aquaria KLCC.
















Sekali sekala dapat naik bas best juga.



Menunggu anak-anak menyelesaikan tugasan masing-masing.







Alhamdulillah... Kelihatan happy je anak-anak bila dibawa lawatan sambil belajar.



6 ulasan:

  1. Seronok kan. Budak2 lagi ler seronok

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya lah... setahun sekali dapat jalan-jalan, happy je mereka semua.

      Padam
  2. Seronok anak2 dapat tengok ikan2 kat Aquaria.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah... Katanya masuk ikut kumpulan, bila dah masuk ke dalam, cikgu kemana anak-anak entah kemana.

      Padam
  3. Seronoknya dapat join lawatan sekolah. Anak² happy cikgu² pun gembira :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah... Cikgu-cikgu juga tumpang seronok, kalau nak pergi sendiri, rasanya lambat lagilah.

      Padam