Isnin, 21 April 2025

Majlis Tadarus Al Quran Sempena Bulan Ramadhan

 Assalamualaikum sahabat semua... Moga semuanya berada dalam lindungan Allah selalu.

Di bulan Ramadhan sebelum ini, saya mengikuti tadarus Al Quran bersama kaum muslimat di surau An Nur berdekatan tempat saya tinggal saya sekarang.

Hari Ahad kelmarin kami menghadiri majlis tadarus Al Quran di rumah salah seorang sahabat kami. Alhamdulillah, majlis berjalan dengan lancar.

Biasanya orang mengadakan khatam Al Quran sebaik sahaja tamat 30 juzuk al Quran, dalam bulan puasa. Tapi kumpulan muslimat kami mengadakan khatam al quran selepas hari raya sambil mengadakan open house. Jadi meriahlah sedikit majlisnya sambil tadarus dapat makan-makan, juga dapat mengeratkan silaturrahim.



Sebenarnya ramai lagi yang mengikuti tadarus al quran tapi tidak dapat hadir disebabkan ada halangan. Kita hanya mampu merancang, Allah yang menentukan segalanya.






                                 

Selepas selesai khatam Al Quran kami menjamu selera dengan hidangan yang disediakan oleh tuan rumah. Ada dikalangan kami yang datang juga membawa makanan. Alhamdulillah, makanan semuanya sedap.







     




Kebetulan tuan rumah juga menyambut hari lahirnya.




Setiap peserta tadarus al quran diberikan hadiah periuk dari penganjur, alhamdulillah rezeki.


              

                       





Mudah-mudahan dipanjangkan umur, disihatkan tubuh badan, moga tahun hadapan dapat join lagi tadarus al Quran bersama kawan-kawan.




Ahad, 6 April 2025

Kenangan Ketika Berhari Raya Di Kampung

 Assalamualaikum...

Bagaimana dengan hari raya kawan-kawan kali ini, tentu meriah kan. Seronok berhari raya dengan sahabat serta sanak saudara.

Alhamdulillah, saya juga berkesempatan pulang ke kampung berhari raya dengan mak ayah serta saudara-mara.





Bergambar bersama kelurga mak njang.



Bersama adik kesayangan.


Bersama anakanda Nurul Ezzati.


Bersama kakak ipar.


Suami bergambar kenangan bersama kawan 
yang dulunya pernah sama-sama belajar di Indonesia.


Bersama adik kesayangan berlatar belakangkan pokok padi yang sedang menguning.




                                    

  




Itulah serba sedikit photo kenangan yang sempat diambil ketika raya kali ini. 





Selasa, 1 April 2025

Salam Aidil Fitri 2025 / 1446

 Assalamualaikum...

Salam Aidil Fitri diucapkan kepada kawan-kawan semua. Dikesempatan yang ada ini saya menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada kawan-kawan semua sekiranya ada tersalah bicara selama saya berblog.

Hari raya kali ini, di sebelah pagi raya kami sekeluarga beraya dengan saudara di sebelah suami. Sebelah petangnya pula kami berangkat pulang ke kampung.



Simpan kenangan photo raya bersama keluarga disebelah keluarga suami di sini.




























Saya doakan kepada kawan-kawan semua, semoga raya kali ini dapat bertemu kawan-kawan, ibu ayah dan sanak saudara. Juga yang pulang ke kampung memandu dengan penuh berhemah dan berhati-hati di jalan raya.