Sabtu, 5 Oktober 2024

Somtam Betik Muda

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita diupdate kali ini. Moga semuanya sihat selalu.

Selalu dok tengok youtuber Thailand makan somtam. Macam-macam campuran dia orang masukkan dalam somtam. Ada udang, ketam, kaki ayam dan macam-macam lagi. Jadi teringin pula nak merasa. Selalu dok buat somtam guna buah mangga muda saja. Tapi kali ni terjumpa pula betik muda kat kedai runcit berhampiran rumah. Apa lagi terus beli lah. Hari ni baru ada kerajinan sikit nak buat somtam.

Memang sedap rupanya buat somtam guna betik muda ni. Dimakan pula dengan nasi pulut. Aduh... sedapnya. Terasa macam dok kat Thailand pulak. Jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:

1/2 biji betik muda-diparut
6 batang daun kangkung-dipatah2kan
3 biji tomato- dihiris
3 ulas bawang putih
5-6 biji cili api
3 biji cili kering
2 biji limau nipis- dipotong dan diperah
  jusnya
3 sudu makan sos ikan
gula pasir secukupnya
sedikit udang hidup yang direbus


Cara memasak :

1. Tumbuk bawang putih sekadar pecah 
   didalam lesung, masukkan cili api. 
   Tumbuk sedikit sekadar untuk memecahkan
   saja. Masukkan gula.
2. Masukkan tomato, perah limau nipis.           Masukkan juga hirisan betik muda, 
   kangkung serta udang. Tumbuk kasar 
   supaya bahan tercampur.
3. Akhir sekali masukkan sos ikan. Gaul 
   rata. Perasakan garam gulanya. Bila dah
   cukup rasa baru dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi pulut beserta lauk lainnya. Somtam ni sesuai juga dimakan bersama ulaman seperti daun salad, daun basil, timun serta segala jenis ulaman lainnya.


Jumaat, 4 Oktober 2024

Laksa Lemak Kedah

 Assalamualaikum...

Hari ni teringin nak makan laksa. Kesukaan saya laksa kuah lemak. Jadi saya buat kuahnya menggunakan ikan sardin tin saja. Jadi lebih mudah dan cepat. Laksanya pula tinggal rebus sahaja.

Jom tengok resepi mudah daripada saya.



Resepi Laksa Kuah Lemak

Bahan-bahan:

1 tin sardin-dibuang sos sardin dan 

  cuci, kemudian blend hancur

1-2 biji bawang besar 

2-3 sudu besar serbuk kari ikan

1 ketul lengkuas sebesar ibu jari

1-2 batang serai dititik

daun kesum secukupnya

asam keping

santan pekat

air untuk kuahnya

garam gula serta perasa



Cara memasaknya:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang blend,

  serbuk kari ikan, serai serta lengkuas.

  masak hingga pecah minyak.

2.Bila bahan tumis dah pecah minyak, 

  masukkan sardin, juga masukkan santan, 

  asam keping serta air untuk kuahnya.

3.Perasakan dengan garam serta gulanya.

  Setelah masak barulah ditutup apinya.



Laksanya hanya direbus sahaja.





Bahan sayurnya:

hirisan daun salad

bawang besar dihiris bulat

timun dihiris kecil-kecil

cili api dihiris kecil

limau nipis

Cara menghidangnya:

Letakkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. 

Masukkan kuahnya, kemudian masukkan pula

bahan sayurannya.



Khamis, 3 Oktober 2024

Tahniah Lagi Buat Nurul Ezzati dan Siti Norhaida Hayati

 Assalamualaikum sahabat semua...

Jumpa lagi di update kali ini, moga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu.

Share lagi mengenai pencapaian anak-anak didalam  majlis ihtifal bulan yang lepas. Sekadar share dan simpan kenangan di sini. Kalau disimpan dalam phone pasti dibuang kalau phone dah penuh dengan data.

Dalam majlis ihtifal sempena maal hijrah baru2 ini sekolahnya menjadi tuan rumah. Anakanda Nurul Ezzati mengambil bahagian lagi dalam syarahan bahasa Melayu. Alhamdulillah dapat naib johan. Agak kecewa katanya tak dapat naib johan kali ini. Hanya beza 2 markah saja dari peserta yang mendapat johan.



Tapi tak apalah, adat bertanding pasti ada kalah menangnya. Tapi alhamdulillah menjadikan dia seorang yang berani berdepan dengan audian. Sebelum ni dia memang seorang yang pendiam. Ada setahun lagi peluang, mudah2an tahun depan boleh cuba lagi.



Kakaknya pula ikut mengambil bahagian juga dalam kuiz. Alhamdulillah dapat naib johan juga.



Juga tahniah buat anakanda Siti Norhaida memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2023 yang lepas. Tahun ni dia cuba mengambil peperiksaan STAM pula. Mudah-mudahan memperoleh kejayaan lagi, insyaallah...

Didoakan mudah2an anak-anak semua akan terus cemerlang dalam bidang pelajaran juga bidang2 yang diceburi.