Sabtu, 5 Oktober 2024

Somtam Betik Muda

 Assalamualaikum...

Jumpa lagi kita diupdate kali ini. Moga semuanya sihat selalu.

Selalu dok tengok youtuber Thailand makan somtam. Macam-macam campuran dia orang masukkan dalam somtam. Ada udang, ketam, kaki ayam dan macam-macam lagi. Jadi teringin pula nak merasa. Selalu dok buat somtam guna buah mangga muda saja. Tapi kali ni terjumpa pula betik muda kat kedai runcit berhampiran rumah. Apa lagi terus beli lah. Hari ni baru ada kerajinan sikit nak buat somtam.

Memang sedap rupanya buat somtam guna betik muda ni. Dimakan pula dengan nasi pulut. Aduh... sedapnya. Terasa macam dok kat Thailand pulak. Jom tengok resepinya.


Bahan-bahan:

1/2 biji betik muda-diparut
6 batang daun kangkung-dipatah2kan
3 biji tomato- dihiris
3 ulas bawang putih
5-6 biji cili api
3 biji cili kering
2 biji limau nipis- dipotong dan diperah
  jusnya
3 sudu makan sos ikan
gula pasir secukupnya
sedikit udang hidup yang direbus


Cara memasak :

1. Tumbuk bawang putih sekadar pecah 
   didalam lesung, masukkan cili api. 
   Tumbuk sedikit sekadar untuk memecahkan
   saja. Masukkan gula.
2. Masukkan tomato, perah limau nipis.           Masukkan juga hirisan betik muda, 
   kangkung serta udang. Tumbuk kasar 
   supaya bahan tercampur.
3. Akhir sekali masukkan sos ikan. Gaul 
   rata. Perasakan garam gulanya. Bila dah
   cukup rasa baru dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi pulut beserta lauk lainnya. Somtam ni sesuai juga dimakan bersama ulaman seperti daun salad, daun basil, timun serta segala jenis ulaman lainnya.


Jumaat, 4 Oktober 2024

Laksa Lemak Kedah

 Assalamualaikum...

Hari ni teringin nak makan laksa. Kesukaan saya laksa kuah lemak. Jadi saya buat kuahnya menggunakan ikan sardin tin saja. Jadi lebih mudah dan cepat. Laksanya pula tinggal rebus sahaja.

Jom tengok resepi mudah daripada saya.



Resepi Laksa Kuah Lemak

Bahan-bahan:

1 tin sardin-dibuang sos sardin dan 

  cuci, kemudian blend hancur

1-2 biji bawang besar 

2-3 sudu besar serbuk kari ikan

1 ketul lengkuas sebesar ibu jari

1-2 batang serai dititik

daun kesum secukupnya

asam keping

santan pekat

air untuk kuahnya

garam gula serta perasa



Cara memasaknya:

1.Panaskan minyak dan tumis bawang blend,

  serbuk kari ikan, serai serta lengkuas.

  masak hingga pecah minyak.

2.Bila bahan tumis dah pecah minyak, 

  masukkan sardin, juga masukkan santan, 

  asam keping serta air untuk kuahnya.

3.Perasakan dengan garam serta gulanya.

  Setelah masak barulah ditutup apinya.



Laksanya hanya direbus sahaja.





Bahan sayurnya:

hirisan daun salad

bawang besar dihiris bulat

timun dihiris kecil-kecil

cili api dihiris kecil

limau nipis

Cara menghidangnya:

Letakkan sedikit laksa ke dalam mangkuk. 

Masukkan kuahnya, kemudian masukkan pula

bahan sayurannya.



Khamis, 3 Oktober 2024

Tahniah Lagi Buat Nurul Ezzati dan Siti Norhaida Hayati

 Assalamualaikum sahabat semua...

Jumpa lagi di update kali ini, moga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu.

Share lagi mengenai pencapaian anak-anak didalam  majlis ihtifal bulan yang lepas. Sekadar share dan simpan kenangan di sini. Kalau disimpan dalam phone pasti dibuang kalau phone dah penuh dengan data.

Dalam majlis ihtifal sempena maal hijrah baru2 ini sekolahnya menjadi tuan rumah. Anakanda Nurul Ezzati mengambil bahagian lagi dalam syarahan bahasa Melayu. Alhamdulillah dapat naib johan. Agak kecewa katanya tak dapat naib johan kali ini. Hanya beza 2 markah saja dari peserta yang mendapat johan.



Tapi tak apalah, adat bertanding pasti ada kalah menangnya. Tapi alhamdulillah menjadikan dia seorang yang berani berdepan dengan audian. Sebelum ni dia memang seorang yang pendiam. Ada setahun lagi peluang, mudah2an tahun depan boleh cuba lagi.



Kakaknya pula ikut mengambil bahagian juga dalam kuiz. Alhamdulillah dapat naib johan juga.



Juga tahniah buat anakanda Siti Norhaida memperoleh keputusan yang cemerlang dalam SPM 2023 yang lepas. Tahun ni dia cuba mengambil peperiksaan STAM pula. Mudah-mudahan memperoleh kejayaan lagi, insyaallah...

Didoakan mudah2an anak-anak semua akan terus cemerlang dalam bidang pelajaran juga bidang2 yang diceburi.


Ahad, 29 September 2024

Masak Asam Rebus Ikan Kembung

 Assalamualaikum sahabat semua...

Selamat berhujung minggu, moga kawan-kawan semua berada dalam rahmat Allah selalu.


Lama tak update blog masak-memasak. Hari ni teringin nak makan ikan masak asam rebus. Dilihat2 dalam peti ais ada ikan kembung kecil2-kecil. Jadi saya masaklah untuk menu tengahari ni. Sebenarnya masak asam rebus ni senang saja, blender bahan, masuk dalam periuk. Campak-campak apa yang patut,rebus saja. Apa-apa pun jom tengok resepinya.


Resepi:

4 ekor ikan kembung

1/2 biji timun, boleh letak kacang bendi jika ada

1 biji tomato

1 batang serai dititik

4-5 tangkai daun kesum

1 keping asam gelugur

garam serta serbuk perasa jika suka


Bahan kisar:

2 ulas bawang putih

3 biji bawang merah

2 biji cili merah

1 inci kunyit hidup

sedikit belacan

sedikit air untuk memudahkan blender



Cara memasaknya:

1. Kisar bahan dengan sedikit air. 

   Masukkan dalam periuk.

2. Masak hingga mendidih. Boleh tambah 

   air jika nak lebihkan kuah.

3. Masukkan timun, serai, asam keping, 

   daun kesum. Masukkan pula ikan, 

   rebus sehingga ikan masak.

4. Perasakan dengan garam secukupnya. 

   Siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas beserta ulam ulaman.



Kalau dah berumur macam saya, menu masak asam rebus ni sangat sesuailah sebab  tak guna minyak sikit pun. 


Sabtu, 21 September 2024

Update Tanaman Dari Mini Kebun

 Assalamualaikum wrh wbr...


Apa khabar teman-teman semua, semoga semuanya berada dalam keadaan sihat selalu. Di hampir-hampir penghujung tahun 2024 ini kita diberi ujian oleh allah swt dengan cuaca yang tidak menentu angin ribut, hujan, ombak bergelora hingga menyebabkan negeri-negeri di Utara tanah air mengalami banjir yang luar biasa besarnya. 

Sebenarnya saya juga baru pulang dari kampung dua hari lepas. Memang merasai jugalah pengalaman banjir ketika di kampung di Pendang, Kedah. Apa pun kita doakan semoga mangsa2 banjir sentiasa bersabar atas ujian ini dan kita doakan juga semoga banjir cepat surut.

Dah lama saya tak update blog saya ini disebabkan macam2 halangan, jadi sekarang baru ada kelapangan untuk mengupdate lagi. Kali ni cerita pasal tanaman saya dimini kebun di laman rumah.

Inilah koleksi tanaman yang ada di laman rumah saya. Selain menanam bunga ada juga saya selitkan tanaman dapur serta sedikit sayuran.


Ada kailan hongkong, bayam brazil dan tanaman bunga.


Di bahagian rak ini ada kailan, bayam brazil, bayam kampung, pakchoy.


Ada tanaman pak choy saya gantung di pagar. 


Tanaman kailan lagi.


Di bahagian belakang, tanaman dapur.


Sayur ginseng jawa.


Ini pula pokok limau.


Pokok ubi keledek.


Pokok ubi kayu, tanam dalam polybag saja. dapatlah makan ulamnya.


Pokok mint.


Daun kesum.


Ini pula pokok sansivera dan aloevera.








Inilah serba sedikit tanaman dilaman mini rumah saya. Sebenarnya saya banyak menanam tanaman indoor plan supaya dapat ditanam didalam rumah juga. Moga menjadi inspirasi buat teman-teman yang mempunyai hobi yang sama. Tiada tanah bukan berarti tidak boleh berkebun. Kita usahakan bercucuk tanam walaupun dalam pot yang kecil sekalipun. 
Jumpa lagi dinext update. Assalamualaikum...