Assalamualaikum...
Alhamdulillah... hari ni adalah hari yang keempat kita umat Islam menunaikan ibadah puasa di bulan Ramdhan. Semoga kita semua diberikan kesihatan yang baik sehingga dapat menjalankan ibadahnya hingga ke penghujung Ramadhan.
Hari ni saya baru nak update menu berbuka hari ke 2 Ramadhan. Biasalah ibu-ibu memang tak lepas dari masak-memasak buat keluarga. Sekadar share saja menu, mana tahu boleh dijadikan idea untuk ibu-ibu yang tak tahu nak sediakan juadah apa untuk berbuka.
Masih lagi menu masak lemak ayam yang sebelum ini.
Sambal cili tempe, terung, kentang serta ikan bilis goreng.
Sayur kobis beijing mentah sebagai sayur.
Sedikit kuih karipap, popia sira dan juga kuih kasturi. Kuih ni beli kat gerai je.






Sama la kita setakat hari ni memang masak je menu berbuka.
BalasPadamSaya sukaa sangat popiah Sira itu. Trakhir makan di Melaka . Rindu pula jadinya nak itu lagi 😄😄❤️. Belum pernah jumpa popiah Sira yg macam itu di jakarta
BalasPadamMenu simple tapi lengkap, memang sesuai untuk berbuka dengan keluarga 😊 Terima kasih share idea menu, nampak menyelerakan!
BalasPadamsimple pun sedap kan kak...yang simple tu buat naik selera...
BalasPadamsimple le yang menambah-nambah. Alhamdulillah
BalasPadamSambal cili tempe tu paling menggoda!
BalasPadamYa budak-budak berpuasa, kena ikut permintaan.
BalasPadamTeringat saya masa sekolah minta kopi o panas untuk berbuka. Padahal masa itu tidak minum kopi tapi tiba-tiba teringin cuba.