Rabu, 30 Oktober 2019

Asam Rebus Ikan Kembung


Assalamualaikum...

Bersua lagi dientri kali ini, semoga sahabat semua sihat hendaknya.

Ni salah satu menu yang sihat, tak menggunakan minyak. Sekali sekala kena lah makan masakan yang rebus sahaja. Tapi jika digandingkan dengan sambal belacan dan ulam-ulaman, mau bertambah juga nasi.



Resepi Asam Rebus Ikan Kembung

Bahan-Bahan:

Ikan kembung
Tomato  
kacang bendi 
Serai (di ketuk)
Asam keping
Sedikit serbuk ikan bilis
Garam secukup rasa

Bahan kisar:
Lada kering (8 batang)
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
1/2 inci belacan
1/2 inci kunyit


Cara nemasaknya :

1. Didihkan air di dalam periuk.


2. Tuangkan bahan B yang telah di kisar.


3. Masukkan ikan, serai, asam keping dan

   garam secukup rasa.

4. Apabila ikan sudah masak, masukkan sayur

   (tomato/kacang bendi) sehingga layu.         Matikan api dan sedia untuk di hidang.


Sabtu, 26 Oktober 2019

Nasi Kuning


    Assalamualaikum...

Selamat tengahari dan selamat bercuti dihujung minggu... moga sihat semua.

Hari ni, pagi-pagi lagi dah masak nasi, memandangkan ada ramai kat rumah dan kebetulan pula anak-anak sedara berkunjung kerumah. Jadi eloklah pagi2 lagi dah siap masak nasi. Tengahari nanti tak payahlah susah2 nak masak nasi lagi. 

Kali ni saya masak nasi kuning. Kalau masak nasi lemak, nak kena guna santan. Kalau nasi kuning ni hanya tumis guna minyak sahaja.


Nasi ni sesuai dimakan dengan lauk apa sahaja seperti sambal ikan bilis, sambal ikan, sambal ayam, sambal sotong atau lainnya. Tapi kali ni saya masak sambal ikan.

Resepi Nasi Kuning

Bahan-bahan:

4 cawan beras 
3 ulas bawang merah (dihiris halus)
2 ulas bawan putih (dihiris halus)
1 inci halia (dihiris halus)
1 batang serai (diketuk)
sedikit minyak untuk menumis
1 kuntum bunga lawang
sedikit garam 
sedikit serbuk kunyit

Cara memasaknya:


1. Beras dibersihkan, kemudian ketepikan,


2. Panaskan sedikit minyak, tumis bawang

   merah, bawang putih, serai serta bunga
   lawang. Goreng sehingga bawang berwarna
   kekuningan.

3. Angkat dan tuangkan ke dalam beras bersama

   minyaknya sekali. Masukkan air, serbuk
   kunyit serta garam. Sukatan air seperti 
   biasa seperti kita memasak nasi. Masaklah
   nasi sehingga ia masak sempurna.


Sambal Ikan Kembung

Bahan- bahan:

ikan (masukkan garam kunyit, kemudian
    digoreng)
cili kisar
bawang merah
bawang putih
bawang besar (dihiris bulat)
sedikit belacan
air asam jawa
gula dan garam
sedikit minyak untuk mrnumis

Cara memasaknya:

1. Tumis bawang merah serta bawang putih
   hingga kekuningan, masukkan cili kisar.
   Goreng hingga terbit minyak.

2. Masukkan air asam jawa serta belacan. 
   Kemudian masukka ikan. Tambahkan sedikit
   air supaya tidak kering. 

3. Masukkan gula dan garam. Masukkan pula 
   bawang besar. Biarkan sehingga masak. 
   Perasakan garam, jika dah secukup rasa, 
   bolehlah diangkat.


Kalau kat tempat saya di Kedah, nasi ni dipanggil juga nasi lemak, cuma bezanya tak ada santan.



Khamis, 24 Oktober 2019

Puding Karamel Tanpa Telur


Assalamualaikum...

Selamat malam semua... moga anda semua ceria selalu walaupun cuacanya agak suram dipetang ini. Mungkin dah masuk musim hujan sekarang, jadi setiap petang hujan terus. Walau bagaimanapun tetap juga kita kena bersyukur walau di dalam apa keadaan sekalipun.

Lama tak buat puding karamel, teringin punya pasal jadi saya buat juga. Saya lebih suka puding karamel yang tak guna telur.



Resepi Puding Karamel tanpa Telur

Bahan A:

3 sdb gula pasir

Bahan B:

10 gram agar2 tali
4 cawan air
1/2 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sdb
tepung kastad
1 sdk esen vanila



Cara membuatnya:

1. Pertamanya masak gula hangus terlebih
   dahulu dgn cara masukkan gula ke dalam
   kuali, kacau sehingga gula cair dan
   sehingga menjadi perang. Guna api kecil
   sahaja supaya gulanya tidak hangus. Bila
   dah siap angkat dan terus tuang ke dalam 
   acuan. Ketepikan dahulu.

2. Kemudian masak agar2 dengan air sehingga
   agar2 cair. Kemudian masukkan gula, susu
   pekat manis, susu cair serta bahan2 yang
   lain. Kacau selalu supaya adunan tidak
   bergentel.

3. Kemudian angkat, tapis dan tuangkan 
   kedalam bekas yang ada karamel tadi. 
   Sejukkan seketika. Kemudian masukkan ke
   dalam peti ais supaya ia beku sepenuhnya. 
   Terbalikkan puding dan boleh dihidangkan.



Sedap dimakan ketika cuaca panas.


Selasa, 22 Oktober 2019

Kuih Loyang


Assalamualaikum...

Bersua lagi didapur maya Diari Diela, semoga semua teman-teman diberikan kesihatan yang baik oleh Allah swt pada hari ini.

Merajinkan diri membuat kuih loyang hari ni. Ada juga yg panggil kuih goyang atau kuih ros. Buat kuih ni perlu kesabaran yang tinggi. Mula2 buat tak menjadi jugak. Tapi bila lama-lama sikit dah tahu caranya, barulah menjadi dengan elok.

Saya cuba dari resepi Zila Norazila. Rasanya pun sedap. Suka sangat anak-anak saya makan. Lain kali boleh buat lagi.




Resepi Kuih Loyang

Bahan-bahan:

1 1/2 cawan tepung beras
1 sudu besar tepung gandum
1 cawan santan
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 sudu teh garam




Cara membuatnya:

1. Satukan tepung beras,tepung gandum 

   dan telur kacau sebati. Masukkan gula 
   dan garam.

2. Kemudian masukkan santan, kacau rata.


3. Panaskan minyak bersama acuan loyang.
   Bila acuan dah panas celupkan acuan 
   kedalam adunan dan gorengkan dalam minyak.
   Goyangkan perlahan-lahan supaya kuihnya
   terpisah dari loyang.

4. Bila kuihnya berwarna keperangan barulah

   boleh diangkat.



Sesuai dijadikan sebagai kudapan. 


Sabtu, 12 Oktober 2019

Bihun Goreng Putih

Assalamualaikum...

Selamat petang...
Salam dipetang Sabtu yang indah. Alhamdulillah akhir2 ini, bila tiba waktu  petang hujan akan turun, bersyukur sangat2 sbb cuaca tak panas. 

Tapi bila hujan tak bolehlah nak pergi jogging, nak keluarkan sedikit peluh. Jadi kalau dihujung minggu, tukar plan tak payah keluar waktu petang keluar je di sebelah pagi. Bukan apa kalau tak keluar peluh langsung rasa tak sihat pulak badan ni.

Petang2 ni rasa laparlah pulak, ada bihun 1/2 paket lagi. Saya buatlah bihun putih yg paling simple ikut style saya.
Jom tengok resepinya...



Resepi Bihun Goreng Putih

Bahan-bahan:

1/2 paket bihun (direndam)
2 ekor sotong
1 biji bawang besar (dihiris halus)
4 ulas bawang putih (dihiris halus)
lada hitam
1/2 batang lobak merah (dipotong seperti              batang mancis)
gula dan garam
sos tiram
minyak utk menumis.


Cara memasaknya:

1. Panaskan minyak, tumis bawang besar 
   serta bawang putih hingga layu. Masukkan 
   lada hitam. Dikacau lagi.

2. Masukkan sotong, lobak merah, sos tiram,
   garam serta gula.

3. Masukkan bihun, dikacau selalu supaya
   tidak hangit. Tambahkan air secukupnya
   supaya bihun tidak keras. Tutup dengan
   penutup belanga supaya bihun masak sekata.
   Goreng lagi. 

4. Rasakan, jika dah secukup rasa, barulah 
   ditutup apinya. Siap untuk dihidangkan.


Sedap dimasak untuk sarapan atau minum petang. Sedap dinikmati bersama cili kicap.



Khamis, 10 Oktober 2019

Sambal Terasi


Assalamualaikum...

Salam Jumaat yang penuh berkat, semoga pagi ini anda semua sihat dan ceria2 selalu.

Sambal terasi adalah sambal yang terkenal dikalangan orang Sunda. Terasi bermaksud belacan. Dulu sewaktu saya mula2 ke Indonesia, saya kepasar Warudoyong namanya terletak di Suryalaya, Tasik Malaya. Ingat lagi saya cakap nak belacan, terpinga2 orang yg jualnya. Jadi saya bilang untuk buat sambal dimakan bersama ulam-ulaman. Barulah dia faham... terasi namanya. Itulah yg saya ingat sampai sekarang.




Resepi Sambal Terasi

Bahan-bahan:

2 biji cili merah
10 biji cili api
2 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
belacan
1 biji tomato
1/2 biji limau nipis
sedikit minyak untuk menggoreng 
garam dan gula



Caranya:

1. Panaskan minyak, goreng cili merah, 
   cili api, bawang merah, bawang putih, 
   belacan serta tomato hingga layu.
   Kemuadian angkat dan toskan.

2. Uleg atau tumbuk bahan tadi hingga halus.
   Masukkan garam serta gula kabung. Uleg 
   lagi hingga halus.

3. Perahkan limau nipis. Siap untuk dihidang.




Sedap dimakan dengan ulam-ulaman serta tauhu dan tempe yang digoreng.


Selasa, 8 Oktober 2019

Kerepek Pisang


Assalamualaikum...

Apa khabar pengunjung blog Diari Diela? Semoga sihat selalu hendaknya.

Cuti dihujung minggu kelmarin sempat balik kekampung menjenguk mak dan ayah, juga anak syurga saya yang bersekolah asrama di pondok Pakya. Kebetulan ada program motivasi anak saya yg akan menduduki peperiksaan SPM beberapa hari lagi, ibubapa diminta hadir untuk memberi semangat kepada anak-anak. Semoga pelajar-pelajar Taufiqiah akan mendapat kejayaan yg cemerlang dlm peperiksaan SPM nanti.

Bila balik je dari kampung emak bagi semayang pisang muda... nah ambik kau nak buat apa. Jadi terpaksalah saya merajinkan diri, kopek kulitnya kemudian buat kerepek.


Kalau pisang muda ni yg menjadi masalahnya bila nak buang kulit. Sudah tentulah getahnya yang melekat2. Jadi saya lumurkan tangan serta pisau dengan minyak masak. Barulah getahnya tak melekat.

Pisang yang sudah dibuang kulit mestilah dimasukkan kedalam air yang dicampur dengan sedikit garam untuk mengelakkan dari pisang menjadi hitam.



Resepi Kerepek Pisang

Bahan-bahan:

Pisang muda
secawa air garam
minyak untuk menggoreng



Cara membuatnya:

1. Pisang yg sudah siap dikupas kulitnya

   direndam di dalam air yang dicampur 
   dengan sedikit garam.

2. Panaskan minyak dalam kuali. Kemudian

   potong pisang dengan menggunakan sagat  
   ke dalam minyak panas. Kacau selalu

3. Bila kerepek pisang agak2 keras masukkan 

   satu sudu air garam. Kacau selalu supaya 
   kerepek pisang masak sekata.

4. Angkat dan toskan. Tunggu sehingga kerepek

   sejuk dahulu barulah disimpan di adalam
   bekas kedap udara.







Ni lah hasilnya kerepek pisang saya. 



Khamis, 3 Oktober 2019

Melayan Hobi.

Assalamualaikum...

Salam Jumaat penghulu segala hari, semoga beroleh keberkatan.

Entri kali ni bukanlah nak cerita tentang masak-memasak, tapi nak cerita sedikit tentang hobi saya yang suka menanam. Terutamanya menanam bunga lah.

Memandangkan rumah saya tak punya laman yang luas untuk menanam pokok, jadi saya tanamlah pokok yang boleh ditanam didalam rumah. Ni lah salah satu pokok kesayangan saya money plant atau dikenali juga dengan sireh gading. Pokok ni mudah ditanam dan mudah dijaga.



Jadi pokok ni bukan sahaja cantik, tapi boleh juga dijadikan sebagai hiasan dalam sesuatu ruangan. Biasanya kita lihat pokok2 ditanam didalam polibag je... masih kotor dan tak menarik, tapi bila ditanam didalam pasu yang cantik. Hasilnya juga akan menjadi cantik.



Cuma cara penjagaannya kena lah rajin sikit sbb kita perlu siram sekurang-kurangnya dua hari sekali. Sekali sekala kena keluarkan dan diletak di bawah panas matahari.

Lihat tu, cantik... kan hasilnya bila ruangan dihias dengan pokok atau bunga2 yg hidup.



photo dari google

               photo dari google


              photo dari google.

Buat apa pun perlu ada kerajinan, kemahiran, kesabaran dan kreativiti. Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



Rabu, 2 Oktober 2019

Ayam Goreng Kunyit Paling Mudah


Assalamualaikum...

Selamat pagi, semoga sihat semuanya...

Bersua lagi di entry kali ini. Ni lah lauk yang paling mudah untuk dimasak oleh ibu-ibu bila dah kekeringan idea dan tak tahu nak apa. Bahannya pun simple je... ayam goreng kunyit. 

Kalau saya lauk ni je pun dah cukup, makan dengan nasi panas-panas... memang sodap.



Resepi Ayam Goreng Kunyit

Bahan-bahan:

Beberapa ketul ayam (dipotong kecil)
sedikit garam
sedikit kunyit
2 ulas bawang putih (dibelah)
1 biji bawang besar (dihiris bulat)
1 biji cili merah (dihiris)
sedikit sos tiram
sedikit minyak ut menumis




Cara memasaknya:

1. Ayam yg dipotong dicuci bersih, lalu 
   diperap bersama garam dan kunyit. Biarkan
   selama lebih kurang 20 minit.

2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan
   ayam. Goreng sehingga ayam masak dan
   berminyak. 

3. Masukkan sos tiram dan gaul rata. 

4. Akhir sekali masukkan bawang besar, 
   bawang putih dan cili merah. Biarkan
   sehingga bawang layu. Tutupkan api dan
   siap untuk dihidangkan.



Sedap dimakan bersama nasi panas-panas.