Rabu, 30 Mei 2018

Rendang Pucuk Paku


          Assalamualakum...

    Selamat berpuasa semua... 
Sedar tak sedar hari ni dah masuk setengah bulan kita menjalani ibadah puasa. Sekejap saja masa berjalan. Semoga kita dapat berpuasa hingga kepenghujungnya.

    Kali ini nak update pula tentang masakan yang semalam. Terasa teringin nak mencuba rendang pucuk paku, jadi saya cubalah memasak. Saya cuba resepi dari Norhayati Mohd Isa (Cahaya Hidup). Memang sedap rendang pucuk paku ni. Jom tengok resepinya...


RESEPI RENDANG PUCUK PAKU

Bahannya :
2 ikat pucuk paku
1 kilo santan pekat
1 mangkuk kecil ikan bilis ~ ditumbuk kasar
20 biji cili padi*
3 biji bawang merah*
1 inci kunyit hidup*(tumbuk halus bahan*)
1 batang serai - dititik
1 helai daun kunyit dihiris
2 sudu besar kerisik
1 keping asam gelugor
garam secukup rasa.


Caranya :

1. Masukkan santan pekat, bahan tumbuk dan
   ikan bilis, masak dan sedikit garam dulu,
   kacau sehingga bahan tersebut terbit 
   minyak.  Kita kena kacau sentiasa nanti 
   hangus pulak.

2. Kemudian perasakan garamnya sebab semakin 
   kering akan masin, jika dah sedang elok 
   jangan dimasukan garam lagi, terus masuk
   kerisik, serai, daun kunyit, asam keping,
   kacau bagi mesra  dan baru masukkan pucuk
   paku.

3. Kacau lah sehingga bahan-bahan tersebut
   kering, semakin kering bahan tu , nanti
   boleh simpan lama. Masa ni gunakan api 
   yang perlahan tau, sentiasa kacau nanti
   kering tak sekata pulak.

4. Apabila semua bahan kering seperti rendang
   tu, boleh lah diangkat dan dihidangkan.

Memang sedap dimakan bersama nasi panas-panas.

Khamis, 24 Mei 2018

Tauhu Sumbat


  Assalamualaikum...

   Alhamdulillah hari ni dah masuk hari ke sembilan kita berpuasa. Bagaimana puasa anda? Mudah-mudahan segala amalan yang kita kerjakan di bulan suci Ramadhan ini membawa keberkatan serta diterima oleh Allah swt.


   Iftar semalam saya buatkan tauhu sumbat, salah satu menu kesukaan my hubby. Kadang-kadang sanggup dia beli tauhu sumbat ni kat bazar ramadhan. Tapi bila beli ada ja yg tak kena kat tekak, jadi saya buatkan saja mengikut selera saya.


   Mudah ja cara buatnya, cuma sosnya sahaja mengikut selera. Ada yang buat sos kacang dan ada yg buat sos yang biasa.




Resepi Tauhu Sumbat

Bahan-Bahan:


5 keping tauhu
1/2 batang timun
1/2 batang carrot  
Taugeh (buang akarnya)
minyak secukupnya utk menggoreng tauhu

Caranya:


1. Tauhu digoreng sehingga masak. Kemudian 
   belah berbentuk 3 segi. 

2. Sementara tu hiriskan carrot dan timun.

3. Celurkan taugeh sekejap je dan toskan.

4. Ketepikan dulu.



Sos Cili

Bahan-bahan:

5 tangkai cili merah
4 tangkai cili kering-potong kecil, cuci dan rendamkan dengan air panas
2 ulas bawang putih
1/2 cawan air atau secukupnya
garam
gula secukup rasa 
1 biji jus limau kasturi
1 tangkai daun ketumbar (dihiris)

Cara-Cara:


1Mesinkan semua bahan, jangan sampai halus
  kecuali jus limau dan daun ketumbar.

2. Masakkan sos sehingga pekat.

3. Campurkan jus limau serta daun ketumbar
   dan kacau rata.

Cara penyediaannya:

1. Belahkan bahagian tauhu yg hendak di 
   masukkan sayuran.

2. Masukkan sayuran dalam belahan tahu dan
   hidangkan bersama sos cili merah.
     


Rabu, 23 Mei 2018

Kuih Tepung Pelita


        Assalamualaikum...

      Selamat pagi... apa khabar semua? Semoga sihat selalu. Hari ni dah masuk hari ke 8 kita menjalankan ibadah puasa. Mudah2an kita semua diberikan kesihatan yang baik utk menjalani ibadah puasa hingga keakhirnya.

     Hari baru sempat update my blog. Alhamdulillah petang semalam saya buatkan kuih tepung pelita. Dah lama tak merasa, biasalah kuih ni memang terkenal dibulan puasa je. Saya cuba resepi ni dari Blogger Yati Memories. Terima kasih resepinya, dan saya share pula resepinya disini.



Mula2 kita sediakan bekasnya dulu yang diperbuat daripada daun pisang.




Resepi Kuih Tepung Pelita

Bahan A - Bahagian bawah
  • 1 cawan tepung beras
  • 1 cawan gula
  • 5 cawan air
  • 4 helai daun pandan dikisar
  • pewarna hijau atau esen pandan
  • 1 sudu kecil air kapur
Cara-cara:
  1. Tepung beras( yg 1 cwn), air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
  2. Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat, guna api sederhana ya.
  3. Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.


Bahan B - bahagian atas
  • 4 sudu besar tepung beras(rata)
  • 4 cawan santan
  • sedikit garam
Cara-cara:
  1. Sementara itu satukan santan, tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
  2. Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
  3. Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
  4. Sejukkan. Setelah sejuk bolehlah di makan.

Sedap dimakan ketika sejuk.


Isnin, 21 Mei 2018

Kuih Buah Melaka


        Assalamualaikum...

    Selamat petang semua... Anda masak apa utk juadah berbuka petang ni. Alhamdulillah... rupanya kita dah menjalani ibadah puasa masuk hari yg kelima dah hari ni. Terasa cepatnya masa berjalan.

    Petang ni selesai masak awal, jadi bolehlah update my blog awal sikit. Hari ni teringin pulak nak makan buah melaka. Teringat puasa dulu2 mak suka buat buah melaka. Sayalah yg suka tolong mak gentel buah melaka. Sekarang ni nak makan kenalah buat sendiri.

    Tapi buah melaka saya kali ini warna yg ori disebabkan pewarna hijau dan kuning dah habis. Lamanya tak buat kuih, sehinggakan pewarna habis pun tak perasan. Tapi buah melaka walaupun tak dak warna tapi tetap juga sedap kan...



Resepi Kuih Buah Melaka

Bahan-bahan:

4 senduk tepung pulut
1 senduk tepung beras
sedikit air utk menggaul tepung
gula gerek secukupnya (dipotong kecil2)
Kelapa parut putih digaul dgn secubit garam



Cara membuatnya:

1. Masak air kedalam periuk. Kemudian biarkan
   sehingga mendidih.

2. Masukkan tepung pulut serta tepung beras,
   gaulkan supaya bercampur.

3. Masukkan air sedikit demi sedikit sambil
   menguli tepung.

4. Ambil sedikit tepung, bulatkan dan 
   leperkan ia. masukkan gula gerek. Kemudian
   tutupkan kembali. 

5. Masukkan kedalam air yang mendidih.
   Biarkan sehingga buah melaka timbul.

6. Angkat dan golekkan ke dalam kelapa yg
   telah digaul dgn sedikit garam.

7. Ulangi proses membuat sehingga selesai.



Sesuai juga utk minum petang dihari biasa.


Sabtu, 19 Mei 2018

Roti Jala Kari Ayam


       Assalamualaikum...

Selamat malam... 
Dah habis terawih ke? Sambil lepak2 sebelum tidur, update dulu blog yg satu ni.

Di bulan puasa ni rajin pulak masak-memasak dan buat kuih. Biasalah puasa2 ni... semuanya terigin. Semalam masak kari ayam, jadi adalah berbaki lagi. Jadi, hari ni saya kiraikan roti jala. Tapi roti jalanya taklah berapa cantik sangat kejadiannya, tapi tetap lembut.

Aduyai... sedap rupanya roti jala bila digandingkan dengan kari semalam. Saya ni bukanlah penggemar roti jala sangat. Biasanya saya makan dua keping je... Tapi disebabkan pekena dengan kari semalam, boleh pulak makan lebih. Mungkin bumbu karinya dah meresap. Tu yg jadi sedap sangat...



Resepi Roti Jala

Bahan-bahan:
2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan air
1 cawan santan / susu cair
1 biji telur
sedikit garam
3 sdb minyak masak
sedikit pewarna kuning

Cara memasaknya:
1. Masukkan semua bahan ke dalam blender.
   Blendkan sehingga tepung tidak berketul.
2. Masukkan ke dalam acuan.
3. Panaskan kuali non stick, kiraikan roti
   jala, biarkan seketika dan barulah
   diangkat.
4. Ulangi seterusnya sehingga habis.


Resepi Kari Ayam

Bahan-bahan:
1/2 ekor ayam
3 biji ubi kentang
santan secukupnya
kerisik
daun kari
rempah empat sekawan
garam secukup rasa

Bahan hiris:
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
2 inci halia


Cara memasaknya:
1. Panaskan minyak, masukkan rempah 4 sekawan
   beserta daun kari. Kemudian masukkan bahan
   hiris. Biarkan sehingga layu.
2. Masukkan rempah kari, biarkan sehingga
   naik minyak. Kemudian masukkan ayam dan
   kentang. Biarkan sehingga rempah meresap
   ke dalam ayam.
3. Masukkan pula kerisik. kemudian masukkan 
   santan. Biar sehingga mendidih. Tambah 
   garam serta serbuk perasa jika suka.
   Biarkan sehingga kentang empuk, barulah 
   diangkat utk dihidangkan.


Jumaat, 18 Mei 2018

Kerabu Ikan Bilis


      Assalamualaikum...

   Bersua lagi di entri kali ini. Alhamdulillah... hari ini merupakan hari kedua umat islam berpuasa. Bila petang ja hujan... jadi taklah terasa haus sangat. 

   Anda masak apa utk juadah berbuka. Saya masak yang ringkas2 sahaja. Satu menu yang agak ringkas dan mudah sahaja utk disediakan iaitu kerabu ikan bilis.



Resepi Kerabu Ikan Bilis

Bahan-bahan:

Ikan bilis
2 biji limau (ambil airnya)
sedikit sos ikan
sedikit gula serta garam secukup rasa

Bahan hiris:

1 biji tomato
1 biji bawang besar
beberapa helai daun limau purut
kacang panjang
timun
cili api
1 batang serai



Caranya:

1. Ikan bilis digoreng terlebih dahulu.
   Kemudian ketepikan.

2. Semua bahan hiris masukkan ke dalam satu
   mangkuk, kemudian masukkan air limau, sos
   ikan 2 sudu, takde sos ikan boleh gantikan
   dengan sos tiram, sudu gula, sedikit
   garam secukup rasa.

3. Gaulkan kesemua. Last-last nak berbuka
   baru masukkan  ikan bilis supaya tidak 
   lemau.



Sedap dimakan dengan nasi panas-panas.


Khamis, 17 Mei 2018

Sagu Gula Melaka


    Assalamualaikum...

Selamat malam semua...
Alhamdulillah, hari ini adalah hari yang pertama kita menjalankan ibadah puasa. Bagaimana puasa kalian... ok tak? Almaklumlah hari pertama puasa, terasa peritlah sikit. 

Saya buatkan sagu gula melaka. Makan sejuk2 ketika berbuka, nyaman je rasa tekak.


Resepi Sagu Gula Melaka

Bahan-bahan:
Untuk sagu


1 cawan sagu
3 cawan air
pewarna jika perlu

Caranya:

  1. Basuh sagu dan direbus dgn air hingga sagu menjadi jernih. Kalau masih nampak putih-putih dan air hampir kering, tambahkan sikit air lagi.
  2. Lepas sagu masak, tuangkan ke dalam penapis, bilas sekejap dgn air, sbb nak buang kanji sagu tu. Kalau nak kaler, titiskan sedikit pewarna, kacau rata.
  3. Kemudian masukkan ke dalam acuan/bekas yg sesuai.
  4. Biarkan sehingga ia sejuk. 

Bahan-bahan:

Untuk air gulanya:
1 keping gula melaka
1 sudu besar gula
1 sudu besar gula merah (nak bagi kaler gelap sikit)
1/2  cawan air
2 helai daun pandan disimpul


Masukkan gula melaka,air dan daun pandan ke dalam periuk. Masak hingga semuanya larut.Tapis dan ketepikan.

Untuk santannya:
1 cawan santan
1/2 cawan susu cair sedikit garam (nak bagi rasa lemak)


Seterusnya,dlm periuk yg lain, masukkan santan, susu cair dan garam. Didihkan sebentar. Ketepikan.


Cara menghidang:
  1. Sekarang, ambil bekas yg sesuai, letakkan sagu tadi, curahkan kuah santan dan gula melaka. Siap
  2. Sedap kalau makan sejuk-sejuk.


Rabu, 16 Mei 2018

Salam Ramadhan 2018


         Assalamualaikum...

Besok adalah tibanya bulan Ramadhan, maka marilah kita sama-sama menjalankan ibadah puasa.








      Menjelang bulan suci Ramadhan ini, saya memohon maaf yang sedalam-dalamnya jika ada kata-kata yg tidak berkenan, sikap yang menyakiti. Semoga kita semua diberi kelancaran beribadah di bulan yg penuh berkah ini. Selamat menjalankan ibadah puasa. 


Isnin, 14 Mei 2018

Ikan Cencaru Sumbat


        Assalamualaikum...

Selamat pagi...
Semoga anda semua sihat selalu.
Hari saya masak ikan cencaru sumbat, memandangkan ikan dah lama kat dlm peti sejuk, hari ni baru sempat masak ikan ni.

Ikan cencaru ni hanya sesuai dibakar atau digoreng saja. Intinya pula boleh juga diletakkan kelapa parut jika suka.

Jom tengok resepinya...



Resepi Ikan Cencaru Sumbat

Bahan-bahan:

4 ekor ikan cencaru- dibelah belakang,
  dibersihkan dan diletak sedikit garam
  kunyit. Kemudian ketepikan.
air asam jawa
gula dan garam secukup rasa
minyak untuk menggoreng dan menumis

Bahan tumbuk:

2 batang serai
1 biji bawang besar 
2 senduk cili kering blender
2 ulas bawang besar
sedikit kunyit hidup
sedikit belacan


Cara memasaknya:

1. Panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang 
   dikisar hingga berminyak.

2. Apabila cili sudah masak, masukkan air
   asam jawa, gula serta garam. Kemudian 
   angkat.

3. Ambil beberapa sudu cili yang telah 
   dimasak tadi, masukkan ke dalam ikan.

4. Panaskan sedikit minyak ke dalam kuali,
   masukkan ikan yg telah disumbat tadi.
   Kemudian tutup tudung kuali. Sekali 
   sekala alihkan, agar ikan masak sekata.