Rabu, 20 Februari 2013
Kuih Talam Keledek
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam bahagia teman-teman semua, semoga berbahagia selalu. Kebetulan stok keledek masih ada dalam simpanan, tak tahu nak masak apa. Jadi saya cuba lah masak kuih talam keledek dari resepi KAK RUBY. Sedap sangat kuihnya. Oleh kerana anak-anak kurang meminati kuih-kuih talam ni, maka saya buatkan setengah sahaja dari resepi asal.
Izin kan saya letakkan resepinya kat sini ya Kak Ruby....
Resepi Kuih Talam Keledek
Bahan-bahan:
Lapisan bawah:
1 cawan keledek dipotong dadu (direbus dan
ditoskan)
80 gm tepung beras
125 ml santan pekat
225 ml air
1 sdk tepung hoen kwee / tepung jagung
80 gm gula halus
1/2 sdk garam
Cara membuatnya:
1. Bancuh semua bahan-bahan kecuali keledek,
tapis dan masak sehingga naik wap. Tutup
api dan masukkan keledek tadi dan kacau
hingga rata.
2. Tuangkan ke dalam loyang yang telah di
sapu dengan sedikit minyak atau yang
telah dialas dengan plastik. Kukus
selama 15 minit.
Lapisan atas:
80 gm tepung gandum
150 gm gula halus
1 biji telur
125 ml santan pekat
250 ml air
sedikit garam
pewarna oren
Cara membuatnya:
1. Bancuh semua bahan lapisan atas, tapiskan
ke dalam periuk dan masak sehingga naik
wap.
2. Tuangkan ke atas lapisan bawah tadi,
kukus selama 30 minit atau sehingga masak.
3. Biarkan betul-betul sejuk baru lah
dipotong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan