Ahad, 17 Februari 2013
Bayam Masak lemak
Assalamualaikum wrh wbr....
Salam ukhwah kepada teman-teman semua, semoga ceria-ceria selalu di hari ini. Dah makan tengah hari? Saya yakin sudah pasti ada yang sedang berehat selepas makan tengah hari ni. Entri hari ini mengenai masakan sayur yaitu sayur lemak bayam. Saya campurkan dengan ubi keledek. Sekali sekala sedap juga kalau masak lemak. Lihat lah resepi ringkas dari saya.
Resepi Sayur Lemak Bayam
Bahan-bahan:
1 ikat sayur bayam (dipotong)
1 biji ubi keledek (dipotong kecil)
santan
4 ulas bawang merah (dihiris)
sedikit udang kering
cili merah (dipotong)
garam dan gula secukup rasa
Cara memasaknya:
1. Rebus ubi dengan sedikit air sehingga
empuk. Masukkan bawang serta udang
kering.
2. Apabila mendidih, masukkan sayur bayam.
Masukkan juga santan. Masukkan cili
yang dipotong. Dikacau selalu supaya
santannya tidak pecah.
3. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
4. Barulah di angkat untuk dihidangkan.
kita suka bayam kak,lagi2 klu bayam kampung
BalasPadamBetul tu.... Rohah. Bayam kampung memang sedap kalau dibuat sayur lemak. Tapi sekarang ni memang susah nak dapatkan bayam kampung melainkan tanam sendiri.
Padam